Borneo Adventure-Finale

Salam buat semua,
Hari ni adalah entry aku yang ke-100... yeay!! Pagi tadi dapat parcel dari Kak Muzi. So, ada lagi gambar-gambar pengembaraan kitorang yang belum di reveal. Hehe... Gambar-gambar ni diambil guna kamera Kak Muzi, Mimi dan Kak Siti. Layan je la ye...


Hari jalan-jalan di Pekan Kundasang.
Nasib baik la ada kamera Kak Muzi... Kalo tak gambar aku mesti tak dak... Nasib si photographer... tapi aku sebenarnya lagi suka tangkap gambar orang dari posing. Aku akui aku sangat kayu, ok? Haha... Tahu mengarah model jek...

Rindu nak pi Kundasang lagi la... Rasa lagi rindu bila tengok gambar-gambar nih... Banyak gak gambar aku... Tahun ni memang puas tengok Gunung Kinabalu. Tahun lepas tak dapat tengok sangat sbb awan tebal. Next year, saya nak pergi lagi... Yeay... sapa nak ikut?? Meh geng GGM.. Sabah is our second home, kan... hik hik...


Hari ekpedisi Menuju Puncak Kinabalu!!
Sempat lagi aku nak mempoyokan diri. Hubungilah orang yang tersayang walau dimana kita berada.. Kalau tak, nanti ada yang tarik muncung sampai leh sangkut hanger baju... Hihi... Sib baik dapat 80jam free call. Jimat jimat... Duit leh simpan buat beli tiket flight nak pi Sabah lagi tahun depan. Haha.... Kat bawah ni gambar aku dengan Kak Muzi kat Mesilau Gate. Tengah berdebar-debar sebelum nak mulakan pendakian.
Laban Rata Resthouse (Room + private bathroom) & breakfast @ Laban Rata cafe.


Hari Menuruni Puncak!Haha... Lawak giler gambar dengan baju hujan ni kat depan Laban Rata sebelum turun ke Timpohon gate. Aku dah agak dah gambar kita akan jadi macam nih... hehe.... apapun, terima kasih kat abang porter yang ambil gambar ni... ok jugak kan...


Balik semula ke Kota Kinabalu.Kat depan Strawberry Garden Hotel sebelum balik ke KK. Geng kacamata... Haha...
Sempat menyinggah pasar kat Kundasang tu nak beli buah nak makan dalam kete...Minum air kelapa kat area Filipino Market. Macam nak meletop perut minum air banyak sangat... hehe...
Dengan Mimi kat pantai Tanjung Aru. Tunggu sunset tapi tak dak pulak haritu... hehe... Tapi takpelah kan... tahun depan kita cuba datang lagi... Insyaallah ada sunset yang cantek tu...


White Water Rafting at Padas River, Sabah (Coline, Kak Muzi & Me)
Angkat papan beroda keluar dari rail keretapi... hehehe...

Jalan-jalan @ The Tip Of Borneo, Kudat (Mimi & Kak Siti)p/s: Jelesnye tengok gambar korang kat Kudat ni, Mimi... huhu

Yeay... Habis dah... Tamatlah tugas aku sebagai story teller kat korang semua. Next trip, sapa plak nak tulis blog nih... Aku nak berehat plak. Lenguh otak aku nak karang ayat nih.. Macam nak kena altitude sickness balik... hahaha.... Apapun, aku memang enjoy sangat trip kali ni. Aku harap, trip kita (ahli kelab GGM) akan memberi inspirasi kepada orang lain bahawa jika ada kemahuan, di situ ada jalan. Jangan patah semangat! Just keep fighting!

~Signing off.

Borneo Adventure-Part 6

Salam buat semua,
Inilah aktiviti yang buat aku berdebar-debar dari nak panjat gunung. White Water Rafting at Sungai Padas, Tenom. Manalah tak takut beb... aku tak pandai berenang!! Haha... Sungai Padas ni Grade 3 dan 4... Memang mengerikan. Aku masih terbayang-bayang pusaran air yang deras dan menakutkan itu... huhu... tapi memang enjoy habis!

Aktiviti kali ni cuma aku, Coline dengan Kak Muzi jek. Mimi ngan Kak Siti tak join. Depa dok jalan kat Kudat. Best jugak tu! Jeles jeles... tapi buat rafting ni mmg best giler. Walaupun rasa nak tercabut jantung masa harungi arus deras, tapi aku berjaya melawan ketakutan terhadap air. Dari bandar KK, ada bas pelancong yang ambil kami untuk ke Tenom. Dalam 3 jam lebih sampai kat Tenom. Cantik jek pemandangan bila lalu kat Banjaran Crocker tu.
Untuk pergi ke starting point, kitorang kena menaiki kenderaan macam zaman Flinstone tu. Tak tahu nak bagi nama ape. Dulu ada train yang bawak pelancong ke starting point, tapi lepas kejadian nahas yang mengorbankan ramai pelancong, kemudahan tu dah tak da lagi. So, depa ni cipta satu pengangkutan yang pada aku kreatif la depa nih... hehe... Lagi adventurous dari naik train.

Kitorang kena duduk kat atas papan beroda atas rail keretapi. Lepas tu, ada sorang pekerja Riverbug ni dok gerakkan papan beroda tu macam nak kayuh sampan. Korang dapat bayangkan tak? Aku tak bawak kamera aku sbb tak waterproof. Bila nak berhenti atau slowkan benda tu, dia brek guna kayu tu heret kat tanah. Kitorang naik kenderaan tu lebih kurang 1 jam jugak la. Teringat zaman kanak-kanak dulu masa main upih pinang... hehe...

Yang paling kelakar sekali, bila berselisih dengan kenderaan lain yang dari laluan bertentangan, kitorang kena angkat papan beroda tu dari rail keretapi tu. Bila kenderaan tu dah lepas, letak balik papan beroda tu atas rail, kayuh balik... haha.... tapi mmg seronok jek. Bila sampai kat starting point tu, sorang guide bagi briefing pasal aktiviti yang kitorang nak buat hari tu. Start buat rafting ni lebih kurang pukul 2 petang. Nasib baik cuaca mendung hari tu. Kalo panas, boleh terbakar kulit nih. Dah la lupa nak pakai sun block. Hhuuhu...
PADDLE OR DIE!
Aku nak pilih "or" boleh tak?? haha... masa naik atas raft tu, dada berdegup kencang beb! Kitorang ada 2 guide yang jaga kitorang. Sorang tu nama dia Uncle Marau. Giler terror dia ni tau. Tabik spring betul dengan dia nih. Dalam raft tu, kitorang ada 8 orang penumpang dan 2 orang guide kat belakang.

Laluan yang kitorang lalui lebih kurang sepanjang 14km. Lepas mendayung 10km yang pertama, berhenti rehat utk makan BBQ lunch semua. Setiap rapid tu ada nama tersendiri seperti Merry-Go-Round Rapid, Break Point Rapid, Scooby Doo Rapid, Cobra Rapid, Curve Rapid, Lambada Rapid, Head Hunter Rapid, Washing Machine Rapid, Big Sucker Rapid dll. Nama rapid ni memang mengikut arus yang deras tu. Kalau Washing Machine, memang rasa macam duduk dalam mesin basuh. Terpusing pusing...
Rapid yang first sekali raft kitorang nak terbalik. Giler takut aku!!! Rasa macam nak kena telan dengan air yang deras tu. Lepas tu Uncle Marau cakap, kitorang tak kayuh kuat. So, lepas dari rapid tu, masing-masing kayuh dengan sepenuh hati. Memang kadang-kadang rasa macam dah tak berdaya nak kayuh melawan air yang deras tu. Dengan kaki yang masih sakit dan tak kuat lepas naik gunung tu, nak tak nak kena teruskan jugak! Tak boleh berpatah balik!

Lepas dapat lepas satu rapid, masing-masing bersorak gembira. "Paddle cheers.. High 5". Lega beb... bila uncle Marau tu cakap "Paddle Power!!", terus jantung aku macam nak tercabut. Takut giler. Maknanya ada satu rapid yang kitorang suma kena lalu. Antara Grade 3 atau 4. Sampai aku kadang-kadang dah tak larat nak menjerit lagi... Huhu... Pasrah je la...
Awal-awal lagi hidung aku dah accident dengan paddle orang depan. Gelap mata aku kejap. Macam nak pitam pon ada. Berdarah jugak la tapi nasib baik tak patah. Kalau tak, kurang duit hantaran kawin aku nanti! Hahaha... Depa dok dengki tolak aku dalam air... Banyak gak la aku tertelan air sungai Padas masa tu... sabar je la...

Lepas makan BBQ lunch, kitorang sambung lagi. Rapid yang kali ni Uncle Marau cakap suruh kayuh kuat-kuat lagi sebab rapid grade 4 dan yang paling susah. Mak aihh... Telan air liur aku masa tu. Nama rapid ni Big Sucker! Memang menyedut kuat! Masa ni memang saat yang paling menakutkan dalam hidup aku!

Benda ni berlaku sekelip mata jek. Raft kitorang hampir terbalik! Semua orang tercampak dan disedut oleh rapid ni kecuali aku, sorang amoi ni dengan guide 2 orang tu. Yang lain-lain dah tercampak dalam rapid yang sangat ganas! Aku pon tak tahu macammana aku tak tercampak. Paddle yang aku pegang terlepas dari tangan. Tiba-tiba aku rasa gelap dan tertelan air yang banyak. Sedar-sedar aku dah kat tengah-tengah raft tengah terkangkang bentuk bintang. Bertukar!! Haha.... Lawak giler...

Bila aku bangun dan bukak mata, baru aku sedar, raft kami dah nak terbalik dan yang lain-lain tercampak kat dalam arus termasuklah Coline dan Kak Muzi. Tengah dok kalut dan rasa panik tu, aku nampak muka Kak Muzi yang tengah tercungap-cungap panik tertelan air dibawa arus deras. "Lenny, tolong Kak Muzi!!!". Alamak... panik giler! Uncle Marau dan sorang lagi guide tu, tarik yang jatuh satu persatu masuk balik dalam raft yang tengah bergerak pantas tu. Diorang memang hebat!!

Kalau benda ni dirakam masa tu, aku rasa orang tergelak besar tengok aku masa tu. Muka panik giler, pastu try nak kayuh raft tu guna tangan sbb paddle dah jatuh dalam sungai. Apa daaa... Malu plak aku bila pikir balik. Lawak giler!! Panik punya pasal. Masa aku dok nak try kayuh guna tangan tu, tiba-tiba aku nampak sebelah kasut yang macam aku kenal jek... Kasut Coline!

Masa tu, aku ingat Coline dah lemas kena sedut dengan Big Sucker tu. Aku punyalah panik. Bila aku try tengok kanan kiri, baru lah aku nampak Coline kena tarik masuk dalam raft group lain. Fuhh... lega giler! Dah la kami bertiga ni tak tahu berenang. Memang cari pasal!!! Dalam keadaan yang mendebarkan tu, tetiba Uncle Marau menjerit "Paddle Power!!!". What??? Ada lagi ke? Mmg ada lagi satu rapid yang tak berapa jauh dari Big Sucker tu. Kelam kabut masing-masing kayuh raft tu. Sangat mencemaskan!!
Uncle Marau sempat menyakat aku dengan Kak Muzi yang duduk kat belakang masa tu. Dia cakap, lepas dari Big Sucker Rapid tu, ada lagi rapid yang paling dahsyat. Nama dia Bukit Rapid. Mak aiiihhh.... dia boleh cakap macam ni:

"Cuba adik tengok air yang tenang tu. Lepas air yang tenang tu, ada rapid yang lagi dahsyat dari Big Sucker. Memang selalunya raft akan terbalik! Orang belakang pon tak selamat tau. Rapid dia macam air terjun." Sambil dia tunjuk kat air sungai yang tenang kat selekoh depan raft kami.

Gulp... Memang confirm kali ni aku tertelan air lagi banyak ni. Muka aku dah pucat giler masa tu.

"Cuba dengar bunyi air tu..."

Uncle Marau tu beria-ria suruh aku dengar tapi aku macam tak dengar apa pon. Ke telinga aku dah pekak kot sebab termasuk air nih... Mungkin sebab tengok muka aku dengan Kak Muzi yang takut tahap tertinggi tu, dia tergelak besar...

"Tak ada la adik. Gurau saja. Kita dah nak sampai ke ending point!"

Ceh! Rasa macam nak menjerit pon ada. Dada aku dah nak pecah dah sebab tahan rasa takut yang amat. Kureng betul la... Apa rasa air Sungai Padas?? Rasa oren... Kalau tak percaya, try la buat water rafting kat sini. Dapat free lagi. Korang boleh minum berapa banyak yang korang suka. Kalau tak percaya jugak, boleh tanya kat Coline & Kak Muzi. Depa banyak giler minum air Sungai Padas ni. Dah jadi minuman peberet depa dah. Pi kedai makan sekarang ni pon order, "Air Sungai Padas 1!". Hahaha....

Sampai di ending point, kitorang semua naik bot lebih kurang setengah jam untuk sampai ke stesen keretapi. Masa tu dah nak dekat pukul 6 petang. Naik keretapi tu macam naik keretapi koboi jek. Bunyi dia memang menakutkan. Macam nak tercabut semua roda... haha...

Keretapi tu lalu kawasan-kawasan kampung dan tepi Sungai Padas. Rasa seronok pulak. Dah lama tak naik keretapi. Lebih kurang sejam lepas tu, kami semua sampai kat Stesen Keretapi Beaufort. Lepas tukar baju kering semua, kitorang pon balik semula ke Kota Kinabalu naik bas persiaran yang pagi tadi kami naik tu. Pukul 9.30 malam baru kitorang sampai kat hotel.

Lepas buat water rafting ni, baru aku dan Coline telefon parents kat kampung. Punyalah marah mak aku bila dia tahu aku buat benda ekstrem ni. Ayat yang aku ingat lagi masa mak aku marah kitorang, "Tempat macam gitu kok di parani!!" Dalam bahasa jawa. Haha... Kitorang cakap nak naik bot kat sungai jek. Tak cakap nak buat water rafting. Kalo bagitau, mak aku tu risau lebih-lebih nanti. Kurang asam punya anak!!

Sampai kat hotel, badan rasa letih sangat nak mengemas barang-barang sebab esok harinya dah nak balik semula ke Penang flight pukul 7.00pagi. Pukul 5.00 pagi dah kena bergerak pergi ke airport. Arghhhh... Rasa macam tak nak balik Penang pon ada. Nak duduk Sabah lama-lama. Nak round semua tempat kat Sabah tu. Sabah memang best!

Maka, dengan ini tamatlah pengembaraan kami buat kali ini di bumi Sabah Negeri Di Bawah Bayu. Memang seronok habis walaupun seluruh badan rasa lenguh-lenguh. Kesimpulannya, tahun ini punya pengembaraan memenuhi ciri-ciri yang dikehendaki oleh Kelab GGM. Hidup GGM!!! Korang semua memang best haram! Dengan ini diisytiharkan, ahli Kelab GGM (Gumuks Ganazz Manjee) yang baru, adalah seperti berikut:
1. Mazlin Binti Tomadi
2. Mudzira Binti Yusoff
3. Mimi Nurakmal Binti Mustapha
4. Siti Zaleha Binti Osman

Tahun depan lain pulak tempat yang kitorang nak pegi. Kudat? Homestay? Gunung Trusmadi? Mabul Island? Sipadan Island? New Zealand? Gunung Everest (base camp)? Nantikan saje kemunculannya. Start kumpul duit dari sekarang ye ahli kelab! Ahli kelab GGM (Gumuks Ganazz Manjee) akan mendapat priority mengisi kekosongan tempat untuk meneruskan pengembaraan yang akan datang. Tunguuuuu....

~Signing off.

Borneo Adventure-Part 5

Salam buat semua,
Hehe...tetiba aku post gambar makanan pulak... Lepas turun gunung ni masing-masing dah kuat mentekedarah...Dalam perjalanan nak balik ke Kota Kinabalu tu, rasa macam sedih jek nak tinggalkan Kundasang. Sebelum nak balik ke Kota Kinabalu, sempat lagi kitorang berlima mentekedarah "ayam sayap" yang sedap tu kat Kundasang. Hehe...

Sambil makan kat kedai tu, masing-masing dok pandang gunung Kinabalu yang ada kat depan mata. Rasa macam tak percaya jek dah sampai kat puncak. Rasa rindu pulak nak duduk kat atas puncak gunung tu. Rasa tenang jek... Hari nak balik ke Kota Kinabalu tu, masing-masing sakit kaki... Jalan pon macam orang lepas beranak kembar 4... haha... slow and steady... Nampak tangga jek, masing-masing cakap "argghhhh... tidak!!"... huhu...

On the way tu, bila tengok Gunung Kinabalu, rasa macam terpanggil-panggil nak panjat lagi. Rasa macam tak puas nak tengok puncak gunung tu. Insyaallah, lepas ni kalau ada peluang, aku nak panjat lagi. Best!! Bila dengar lagu The Climb dari Miley Cyrus, rasa macam lagi best sbb tu lagu tema kitorang. Teringat balik kesusahan masa nak naik dengan nak turun dari gunung tu... huhu...

Lepas check-in hotel kat KK, kitorang keluar jalan-jalan sekejap kat area Filipino Market. Tak da mood sangat nak bershopping macam tahun lepas. Fikiran dok melayang fikir Gunung Kinabalu... Hehe... Macam mimpi! Walaupun pada orang lain benda ni biasa jek kan, tapi pada aku, pengalaman panjat gunung ni memang beri kesan yang paling besar kat hidup aku. Pada aku tak da benda yang mustahil dalam hidup ni... hehe..Malam tu, kami berlima dok mentekedarah kat Garden Seafood Restaurant kat traffic light nak ke Tanjung Aru. Sedap sedap... Tiba-tiba tekak aku dah elok pulak. Tak rasa pedih sangat... huhu... Rasa seronok giler dapat balik nikmat makan. Gembira sangat aku dah boleh makan. Ye la kan... masa panjat gunung haritu, 2 hari aku tak makan. Bersyukur sangat Tuhan dah kembalikan nikmat yang satu nih.

Memang mentekedarah betul malam tu... Huhu... Orang kat meja lain tengok jek meja kitorang yang tak cukup space nak letak makanan. Hehe... Sekali setahun. Mula-mula masing-masing makan ikut protokol. Tapi bila nak makan ketam, haa.... masing-masing dok sinsing lengan baju, tak dak guna chopstick ke sudu ke lagi... sampai berpeluh-peluh nak kupas kulit ketam batu tu... haha...

Lepas makan, kami dok lepak-lepak tepi laut sementara nak tunggu makanan semua turun. Malam tu kami semua pergi berurut! Haha... Aku, Mimi ngan Kak Muzi urut kaki jek. Coline ngan Kak Siti urut satu badan... Kitorang urut kat Kampung Air Reflexology Centre. Tukang urut kat situ semua ramah-ramah belaka.

Sebelum berurut, masing-masing membuang apa yang patut dulu kat toilet. Takut nanti kan ada yang "terbuang" masa kena urut. Buat malu jek!! Aku ngan Mimi dok menjerit-jerit kena urut... Orang tu picit sekali, dua kali kitorang menjerit... haha... tapi lega sket dah kena urut malam tu. Boleh tido dengan selesa...

Makan sudah, berurut pon sudah... ada satu lagi aktiviti yang aku kena buat ni esoknya... Dada dok berdebar-debar nak buat aktiviti tu... Lagi takut dari nak panjat gunung... Aktiviti apakah itu?? Nantikan sambungan esok ye... daaa....

~Signing off.

Borneo Adventure-Part 4

Salam buat semua,
Kisah nak naik gunung dah aku ceritakan. Ni pulak kisah nak turun gunung. Kitorang turun dari puncak tu pukul 9.00 pagi lebih dah. Group lain suma dah turun, kitorang masih kat atas lagi. Group paling last selalunye... huhu... Masa kitorang turun, hujan renyai-renyai dah start turun.

Sampai kat Laban Rata pukul 10.00 pagi kitorang terus pergi breakfast cepat-cepat sebab pukul 10.30 pagi dah nak check out. Masa kitorang sampai kat cafe tu, ramai climbers lain dah start turun. Hehe... Kitorang ni macam tak nak turun jek... Alhamdulillah ada bubur nasi masa tu. Aku pon makan la semangkuk kecil. Buat alas perut jek sebab perjalanan masih jauh lagi. Tekak pedih aku buat tak tahu jek.

Lepas kemas barang-barang, kitorang berpeleseran sekejap kat situ. Tangkap gambar semua la... tapi guna kamera Kak Muzi yang waterproof. Aku dah bungkus kamera siap-siap memandangkan cuaca kat luar yang hujan lebat. Lepas timbang barang-barang yang porter nak bawak, kitorang pon turun perlahan-lahan.
Masing-masing dah pakai baju hujan masa nak turun tu. Walaupun hujan, tapi tak sesejuk masa ribut hari sebelumnya. Dari Laban Rata Resthouse nak ke Timpohon Gate, kitorang kena melalui laluan sepanjang 6km. Jalan berbatu memang sangat licin dan berbahaya. Silap langkah, boleh terseliuh kaki.

Ngeri jugak aku tengok jalan nak turun ni. Masa mendaki semalam tak dak la takut sangat walaupun licin, tapi bila turun... huhu... takut tersilap langkah. Alamat, kena angkat bawak turun dengan porter. Kaki pon dah start sakit masa turun gunung. Kaki menahan beban badan kan... tu yang sakit tu. Masing-masing jalan slow jek...Tak sampai sejam kitorang turun, hujan pon dah berhenti. Matahari pon dah nampak... so, masing-masing sibuk dok simpan baju hujan masing-masing. Langit cerah...sedap sikit badan kena sinaran matahari yang panas tu... Yang paling seronok bila dapat tengok pemandangan sekitar gunung. Al-maklumlah, masa naik haritu tak nampak ape-ape langsung. Bila langit cerah, rasa excited tengok view.
Aku, Coline dan Mimi dah terpisah dengan Kak Muzi dan Kak Siti yang ada di belakang masa sampai di pondok Villosa kat Km5. Lepas sapu ubat semua, kitorang bertiga teruskan perjalanan. Tiba-tiba dada aku rasa sesak macam rasa kat puncak gunung. Rasa susah bernafas balik. Takut jugak benda buruk yang bakal terjadi. Oleh kerana aku tak mampu nak mengangkat beg aku, keputusan pon diambil utk bahagikan barang-barang dalam beg aku tu.

Aku hanya mampu nak usung beg kosong dengan air dan sedikit makanan jek masa tu. Terima kasih sangat-sangat kepada rakan-rakan yang sudi bawakkan barang aku. Tuhan je la yang dapat balas jasa korang. Huhu.... Terharu plak... Demam aku masih tak surut-surut. Tekak pedih usah cerita la. Dada rasa sakit macam dihimpit benda berat. Dugaan betul.
Aku gagahkan jugak diri untuk turun dari gunung ni. Dalam tak sedar, rupanya aku dan Coline dah terpisah dengan Mimi yang ada kat belakang. Entah masa bila pon aku tak sedar. Tahu-tahu bila aku toleh belakang, Mimi dah lenyap dari pandangan. Alahai... cepat-cepat aku kejar Coline kat depan. Takut gak kalo aku terpisah nanti dengan keadaan aku yang tak sihat ni.

Masa turun rasa macam panjang giler perjalanan kitorang. Tak dak orang yang turun lebih lambat dari kitorang. Yang ada pon porter yang boleh lari bawak barang turun. Pergh... kuat sungguh kaki depa nih... Rasa macam dah nak muntah tengok jalan nak turun ni.

Makin lama makin petang. Makin kurang jumpa manusia yang guna laluan Timpohon ni. Keadaan makin suram dan kelam... Kadang-kadang rasa meremang jugak bulu tengkok aku ni. Aku ni penakut skit. Sampai Pondok Mempening lepas Km3.5, aku dah mula rasa lain macam. Rasa berdebar-debar jek. Terus aku ajak Coline jalan. Handphone kami pulak masa tu dua-dua dah habis bateri. Tak boleh call sapa pon.

Jalan ke Timpohon agak mengerikan jugak la. Lagi-lagi la bila hari dah nak gelap dan aku hanya berdua dengan Coline masa tu. Rasa macam diperhatikan tapi aku buat tak tahu je la. Aku tak tengok kiri kanan. Hanya fokus kat jalan yang masih panjang. Satu-satu pondok kami lewati dari Pondok Lowii, Pondok Ubah dan akhir sekali Pondok Kandis di Km1.

Bila terdengar sayup-sayup bunyi air terjun, lega sikit hati sebab dah menandakan dah dekat dengan Timpohon Gate. Karson Fall kami lalui dengan hati yang tidak sabar-sabar lagi nak sampai ke destinasi. Keadaan masa tu dah gelap. Dah pukul 5.00 petang. Sampai di gate, aku tunjukkan badge kat penjaga pintu. Arghhhh....akhirnya, sampai jugak di Timpohon Gate dengan selamat. Alhamdulillah....

Rupa-rupanya, Pak Cik Zain yang hantar kitorang hari tu, dah tunggu kitorang dari pukul 2.00 petang lagi. So, bila dah jumpa dia, dia call mountain guide kitorang, Izan tanya yang lain-lain kat mana. Rupa-rupanya depa bertiga dah tertinggal 1km lebih dari kitorang. Pak Cik Zain ajak kami berdua pergi makan dulu sementara tunggu diorang. Dia tengok muka aku dah tak berdaya kot.

Lebih kurang pukul 6.30petang, depa bertiga selamat sampai ke Timpohon Gate. Maka, berakhirlah ekpedisi kami kali ni. Masa tu memang dah gelap. Dah maghrib. Macam-macam benda pelik yang depa ni jumpa. Jeng jeng jeng.... Ingin tahu apa benda? Private chat dengan aku ye... huhuhu...

Lepas ambil sijil dekat kaunter, balik hotel, masing-masing tido dengan nyenyaknye malam tu. Tak sedar apa pon. Kalau kena bom pon kitorang tak sedar apa. Tido mati masing-masing. Haha... Banyak lagi kisah pengembaraan kami di bumi Borneo yang belum aku ceritakan lagi. Tungguuuuuuu.....

~Signing off.

Borneo Adventure-Part 3

Salam buat semua,
12 Julai mencatatkan sejarahnya yang tersendiri dalam hidup aku dan rakan-rakan sependakian yang lain. Seawal jam 1.00pagi lagi, kami semua sudah bangun dan bersiap-siap untuk menawan puncak Kinabalu hari tu. Keadaan aku masa tu hanya Tuhan yang tahu betapa sakit yang aku rasa. Tapi aku kuatkan semangat jugak.

Pening, loya, sesak nafas semua ada. Agaknya, ini lah yang dinamakan altitude sickness. Sebelum keluar dari bilik, sempat jugak aku telan pil-pil yang patut. Breakfast pagi tu ada bermacam-macam jenis tapi aku hanya mampu memandang dengan pandangan yang tak bermaya. Tak lalu nak telan! Aku paksakan jugak makan roti kosong dengan air teh panas. Hanya separuh jek yang mampu aku telan dalam keadaan yang menyeksakan. Huhu.....

Lebih kurang jam 3.00pagi aku, Coline, Mimi dan Kak Muzi memulakan pendakian ke puncak. Kak Siti tak dapat meneruskan perjuangan bersama-sama kami sebab kaki dia mengalami kekejangan yang teruk. So, kami berempat sajalah yang meneruskan pendakian yang paling sukar sebab angin bertiup kencang masa tu dan keadaan pagi yang masih gelap.

Suhu masa tu di bawah 5 darjah Celcius sebab hujan lebat pada hari sebelumnya. Dengan semangat yang semakin menebal untuk melihat puncak Kinabalu dengan mata kepala aku sendiri, aku kuatkan jugak semangat dan tabahkan hati meneruskan pendakian sepanjang lebih kurang 2.7km lagi. Berbekalkan suluhan lampu dikepala, langkah kaki aku semakin sukar disebabkan jalan yang sangat licin.

Akhirnya kami sampai di kawasan berbatu. Tiada lagi tangga tetapi hanya tali saja. Memang macam buat rock climbing pon ada. Keadaan waktu tu gelap dan menggerunkan. Jika tersilap langkah, maknanya jatuh tergelincir ke atas batu. Antara hidup atau mati sahaja. Tiada pilihan lain!

Walaupun gelap, nampak jugak la cahaya bulan dan bintang serta kerlipan lampu-lampu rumah di sekitar Kundasang. Sangat cantik... Terpegun sesaat bila aku toleh ke belakang dan nampak view di sekitar puncak tu dalam samar-samar cahaya bulan. Makin lama mendaki, matahari mula menampakkan wajahnya. Subhanallah! Sangat cantik! Tidak boleh diungkapkan dengan kata-kata. Hanya orang yang naik sahaja yang tahu macammana.

Setibanya aku di Sayat-Sayat Hut pada ketinggian 3.810m, ada orang jaga untuk tandakan nama siapa yang naik ke puncak. Masa tu mata aku dah gelap. Dah termuntah-muntah sekali. Sakit kepala yang amat! Aku kena altitude sickness yang teruk masa tu. Masa aku tunjukkan badge aku, staf kat situ cakap begini:

"Ko nampak sudah tak larat. Baik ko berehat kat atas tu. Sana ada tilam dan bantal". Dia tunjukkan aku pondok kat Sayat-Sayat di sebelah check point tu.

"Tak berbaloi kalo ko naik ke atas semata-mata dapatkan sijil ini". Sambil dia tunjukkan sijil-sijil kat dinding.

"Berapa umur ko?" Dia tanya aku lagi.

"25 nak masuk 26 tahun". Aku menjawab dengan lemah.

"Ko muda lagi. Tahun depan ko boleh cuba lagi, bah. Tapi ko senyum memang cantik!"

Ceh! Sempat lagi nak mengurat aku yang dah tak berdaya nih. Aku rasa nak tergelak pon ada masa tu. Izan, mountain guide aku cuma cakap macam ini dekat aku:

"Ikut ko. Kalo ko rasa mampu, ko teruskan."

"Saya nak cuba!". Aku jawab dengan penuh bersemangat walaupun aku tahu memang chances hanya 70-30 aku nak sampai ke puncak dengan keadaan aku yang sangat teruk masa tu. Aku muntah ada darah sekali bila aku suluh dengan lampu. Sakitnya hanya tuhan yang tahu. Aku teruskan juga pendakian dengan langkah yang semakin lemah dan tak berdaya. Kadang-kadang pandangan mata ni dah gelap dah tapi aku tetap hayunkan langkah.
Sekitar jam 6.00 pagi lebih, kami berjaya sampai di puncak Low's Peak (4095.2m). Di sekitar puncak tiba-tiba dada aku sakit. Makin lama aku rasa semakin sakit. Tiba-tiba aku rasa nafas aku berhenti seketika dia atas puncak gunung tu. Terlintas di kepala, inikah yang dikatakan sakaratul maut? Memang sakit yang amat. Terbayang semua muka-muka orang yang tersayang.

Dengan kuasa Allah, tiba-tiba aku boleh bernafas kembali. Seperti mati hidup semula!! Sengsara sangat aku nak bernafas masa tu. Nafas yang semakin pendek, cepat-cepat aku turun semula ke kawasan yang rendah sedikit. Oleh kerana angin yang bertiup laju masa tu, aku terpaksa mancari batu untuk bersembunyi dari tiupan angin.

Dengan terketar-ketar dan dada yang amat sakit, aku duduk di sebalik batu. Meringkuk menahan kesejukan. Pendaki-pendaki lain ramai yang dah turun balik dari puncak waktu tu. Masa tu aku dah pasrah. Jika ditakdirkan aku menghembuskan nafas terakhir aku di situ, aku hanya mampu memohon kemaafan dari semua pihak.

Dalam tidak sedar, tumpah jugak air mata aku sebab kesakitan yang amat sangat. Makin lama semakin kuat hinggakan ada sorang mountain guide tu cakap macam ni kat aku:
"Baik ko turun. Kalo tak, mati di sini ko nanti."

M.A.T.I. Benda tu yang berlegar-legar kat kepala aku. Ya Allah. Masa tu hanya satu doa yang aku panjatkan. Panjangkanlah umur aku, ya Allah. Berikanlah aku kesempatan melihat dan memohon maaf dari mak dan abah aku. Dengan air mata yang semakin laju turun ni, aku tabahkan hati. Aku mesti kuat!!

Lebih kurang 1 jam aku duduk di sebalik batu tunggu kawan-kawan yang lain turun dari puncak. Setiap saat memang sangat menyiksakan. Akhirnya terdengar jugak sayup-sayup suara depa turun dari puncak. Salah satu sebab aku tak nak turun lagi adalah kerana kamera ada kat Coline. Aku tak mampu nak bawak naik. Dasar photographer terlampau aku nih! Dah nak mati pon fikir pasal nak tangkap gambar jugak! huhu....

Berikut merupakan gambar-gambar yang sempat dirakamkan di atas puncak Gunung Kinabalu. Layan je la ye...Ha.... Macammana? Korang rasa nak pi tak? Dalam gambar pon dah cantek kan view dia. Apatah lagi bila berada kat atas tu. Hanya tuhan je la yang tahu. Mulut tak berhenti-henti cakap "Subhanallah". Rasa diri ni sangat kerdil. Oleh kerana keadaan kesihatan aku yang semakin memburuk, aku dan rakan-rakan lain pon turun dari puncak gunung walaupun rasa hati berat sangat nak tinggalkan puncak.

Rasa macam tak percaya bila dah sampai kat atas tu. Rasa sayu dengan sedih jek bila nak melangkah turun. Dekat atas tu tak boleh lama-lama sebab cuaca boleh bertukar bila-bila masa sahaja. Atas sebab keselamatan, kami pon turun la perlahan-lahan. Kalau boleh macam nak menetap terus kat atas tu. Hehe... cantek sangat view kat situ. Tenang je rasa....

Group kami group paling lambat turun dari atas puncak. Hehe... seperti biasalah. Porter-porter ngan pendaki-pendaki semua kenal kitorang. "Geng 5 orang perempuan Penang" depa gelarkan kitorang. Haha... biasalah... kami ni against all odds. Glamer haram! Dengar-dengar kata, group PTM a.k.a AA bukan nama sebenar, hanya 8 orang jek yang sampai ke puncak dari 30 lebih orang. Huhu.... Sentap! Naik gunung ni bukan sebab fizikal tapi mental lagi memainkan peranan yang lebih kuat.

"Whatever your mind can conceive and believe, it can achieve!"

Memang terbukti kata-kata ini. Pedulikan orang nak kata apa. Biarkan orang memandang rendah kat kita tapi jangan sekali-kali kita memandang rendah kepada orang lain. Semua manusia sama. Tiada beza lelaki dan perempuan. Janji ada keazaman dan semangat yang kental, insyaallah akan sampai ke puncak.

Fizikal bukan halangan. Aku dah buktikan! Asalkan semangat kita kuat, apa saja benda yang mustahil, kita dapat buat dengan izin Allah. Dalam hidup pun sama. Jangan mudah mengalah sebelum berjuang. Tanpa makan selama 2 hari pun aku mampu mendaki gunung, apatah lagi korang yang sihat walafiat. Hanya kena percaya dan yakin kepada kuasa yang Maha Esa. Insyaallah semuanya pasti akan berjaya.

Naik gunung ok... Turun gunung?? Adoyaiii.... Apa akan terjadi. Nantikan sambungan kisah aku ini dalam entry seterusnya. Daaaa.....

~Signing off.

Borneo Adventure-Part 2

Salam buat semua,
Gambar-gambar di atas adalah antara barang-barang yang aku bawa untuk mendaki. Walking stick semua ada.. Ubat-ubatan yang paling penting sekali disebabkan keadaan kesihatan aku yang buruk masa tu.

Malam sebelum pendakian ke Laban Rata (3314.3m) bermula, kesihatan aku semakin teruk. Suhu badan naik mendadak. Rongga tekak rasa pedih sebab panas yang amat. Air masak berbotol-botol aku minum sebab tekak kering sangat. Malam tu aku cuma dapat lelapkan mata lebih kurang 2 jam jek. Pukul 2.00 pagi lebih baru aku rasa aku tertido dan tersedar balik pukul 4.00 pagi. huhu...

Pagi-pagi tu bila aku batuk, keluar kahak beserta dengan darah sekali. Ya Allah! Ujian apakah ini... tapi aku tak nak mengalah sebelum berjuang! Bila Coline tanya, aku nak teruskan ekspedisi ni ke tidak, aku tanpa fikir panjang terus kata "Yes! I wanna do it...I believe I can do it". Tapi kerisauan tetap ada tapi belum cuba belum tahu. Aku pasrah dan tawakal je la masa tu.

Pukul 7.00pagi, van datang ambil kami berlima pergi ke Mesilau Nature Park. Dalam van tu, masing-masing hanya diam membisu. Berdebar-debar dengan apa yang bakal ditempuh nanti. Cuma kedengaran cerita dari pemandu van, Pak Cik Zain yang rancak bercerita itu dan ini. Debaran semakin kencang bila van yang kami naiki sampai di parking lot.

Masa tu, dah ramai group-group lain yang dah bersedia dengan semangat masing-masing. Bermacam-macam ragam manusia di awal pagi tu. Alhamdulillah kami telah selesai membuat pendaftaran sehari sebelum mendaki. Jadi tak perlu nak berebut-rebut dengan orang lain. Terasa kerdil jek bila tengok orang lain, tough2 belaka. Badan sasa, macam ahli sukan gamaknye.

Group kami ni yang paling kecil. Hanya 5 orang sahaja dan semuanya perempuan! Semua orang pandang dengan pandangan yang hanya tuhan sahaja yang tahu apa yang tersirat dalam kepala otak diorang. Ye lah kan, kami semua ni nampak macam perempuan yang lemah. Banner pon tak dak... sempoi jek... hanya berbekalkan semangat sahaja masa tu. Fizikal...out!

Sekali lagi kitorang diuji bila staf kat situ bagitau lunch box kitorang ada kat Timpohon Gate. What?? Masa tu memang macam dah nak hilang sabar jugak sbb pendaftaran buat kat Mesilau tapi makanan kat Timpohon. Dah la jauh. Memang mengarut! Tapi sebab malas nak kecoh2 dan spoilkan mood pagi tu, kami letak tepi dulu benda nih. So, kitorang je la yang tak dak lunch box masa nak mendaki tu.
Lepas timbang berat barang-barang yang porter nak bawak, pendakian pon dimulakan tanpa makan apa2 pon untuk breakfast pagi tu. Sebelum masuk pintu gate Mesilau tu, macam2 doa dipohonkan. Laluan di Mesilau ni lebih jauh 2.7km dari laluan Timpohon untuk sampai ke Layang Layang. Masa target sampai ke simpang yang bertemu dengan laluan dari Timpohon, kitorang target paling lambat pon 6 jam. Mula bertolak dari Mesilau Gate pukul 8.40 pagi.

Kalau lalu dari Timpohon Gate, untuk sampai ke Layang-Layang, selalu orang ambil masa dalam 2-3 jam sahaja. Lalu Mesilau memang jauh sedikit tapi pemandangan dia lagi cantik la sebab nampak Gunung Kinabalu besar giler di sepanjang laluan tu. Laluan Mesilau ni depa buka untuk laluan orang ramai tahun 1998.
Semasa mendaki, kami semua terpisah mengikut tahap fitness masing-masing. Tapi kaki dihayun perlahan-lahan. Tak payah laju-laju pon. Janji sampai dengan selamat. Masa di starting point kat pintu Mesilau ni, ada satu group yang kecoh giler la. Bukan nak mengumpat atau apa la... cuma untuk dijadikan renungan bersama.

Group depa ni besar dalam lingkungan 30 orang. Siap bawak banner lagi tangkap gambar yang poyo-poyo lagi. Tengok kitorang pon macam tak respek jek. Group ni dari Penerbangan Tambang Murah (AA bukan nama sebenar). Masing-masing nampak fit jek. Aku terdengar depa cerita kejayaan depa ni tawan gunung-gunung lain kat Malaysia.. Walaweh... Giler terror depa nih! Group PTM a.k.a AA bukan nama sebenar ni jalan awal 20 minit dari group kitorang.
Tapi kadang-kadang orang hanya tahu bercakap dan memandang rendah orang lain. Sebelum sampai pondok yang pertama lagi (Pondok Schima - Km1), ramai la orang-orang dari group PTM a.k.a AA bukan nama sebenar ni yang kitorang jumpa. Pancit!! Eh... macam pelik jugak.. tadi dengar cerita bukan main hebat lagi tapi takkan dah tak larat kot.

Malas nak ambil tahu hal diorang, kitorang teruskan perjalanan sampai ke Pondok Bambu di Km2 untuk berehat. Depa semua makan pisang, energy bar semua la. Isi perut tapi aku tak boleh nak telan makanan masa tu. Hanya minum air Gatorade buat alas perut. Tak rasa lapar sbb tekak rasa pahit sangat.
Lepas berehat sekejap dalam 10 minit camtu, kitorang teruskan perjalanan sampai la ke Pondok Nepenthes di Km3. Tak terasa penat lagi masa ni. Cuma aku rasa kesejukan yang semakin mencengkam ke tulang. Biasalah demam macam ni. Dengan selsema teruk, aku teruskan jugak perjalanan yang semakin mencabar ni. Muka pon dah bengkak masa ni. Huhu... Just keep climbing!
Lepas pondok Nepenthes, kitorang melalui beberapa jambatan sebelum sampai di Pondok Tikalod di Km4. Sepanjang perjalanan ni aku tak makan apa2 lagi. Nak tak nak masa tu, aku terpaksa makan energy bar yang aku bawa. Tu pon tak sampai separuh aku telan. Sebab tekak sakit yang amat. So, aku minum air je la sampai kenyang. Habis air Gatorade, aku bancuh air gunung dengan garam ORS yang aku bawak nih. Air gunung ni boleh diambil dari pondok-pondok di sepanjang laluan mendaki. Tapi air tidak dirawat la yek... Belasah jek!
Turun naik gunung yang dah berjam-jam nih, akhirnya sampai jugak ke Pondok Lompoyou lepas Km4.5. Lepas tu laluan memang sangat mencabar... tangga yang beribu-ribu... yang macam tiada penghujung sepanjang kira-kira 2km. Pergh!! Macam nak termuntah gak tengok tangga-tangga nih... huhu... tapi tetap di teruskan jugak. Panjat!!
Kat Pondok Lompoyou ramai jugak la yang berhenti rehat. Masing-masing dok mentekadarah lunch box yang group aku tak dapat. Tengok je la depa makan dengan lahapnye. Ceh! Rakus betul. Masa ni angin dah kuat, suhu makin sejuk. Hingus aku pon meleleh dengan semakin lajunye... Kalaulah hidung aku boleh cabut, dah lama aku tanggalkan. Tinggal kat pondok ni suruh porter kutip masa balik nnt. Huhu...
Masa kat pondok ni, aku pakai baju lagi selapis dengan sarungkan kat kepala Everest Hat aku tu. Sejuk sangat. Orang lain yang sihat walafiat siap nak bukak baju lagi tapi aku tambah lagi satu helai... huhu... ada sorang porter tu tanya aku dengan loghat Sabahnya itu:

"Belum apa-apa, ko sudah pakai baju lengkap ya?". Maybe dia hairan tengok aku berkelubung dah masa tu. Dia pakai singlet ngan seluar pendek jek.

Pastu aku jawab, "Saya demam. Rasa sejuk pulak."

"Ooo... Bahaya kalau demam ini. Kalau ko sudah tidak larat, aku boleh angkat ko."

Aku senyum jek. Ceh! Tahu la kuat... hehe... tapi best gak kalo ada orang nak angkat. Haha... Kesian plak kat orang yang angkat aku nanti. Penderitaan fizikal seumur hidup pulak.
Pemandangan masa tu memang cantek sangat. Subhanallah... Perkataan tu je la yang aku sebut berulang-ulang kali masa tengok view kat Km5. Cuaca masih baik lagi masa tu. Langit cerah. Hanya orang yang lalu situ jek tahu macammana canteknya view dari situ. Tidak sama perasaannya dengan gambar yang aku tangkap.
Lepas Km5 ni, cuaca yang baik tiba-tiba berubah wajah. Angin semakin kuat. Kabus menutupi jalan. Aku pon dah simpan kamera siap-siap dan pakai baju hujan. Makin lama makin gelap. Hanya yang nampak lorong gelap dan tangga-tangga yang tak berkesudahan. Aku dan Coline dah terpisah dengan Mimi dan Kak Muzi yang jalan di hadapan dan Kak Siti di belakang.

Hujan rintik-rintik mula membasahi bumi. Makin lama makin lebat. Makin sejuk. Aku makin kaku kesejukan. Lelehan hingus dah tak dilayan. Lantak la nak meleleh macammana pon. Ada misi yang lebih penting. Hanya fokus pada jalan yang masih panjang ni. Kena kuatkan semangat. Fighting!!

Angin yang kuat memang menakutkan. Pokok-pokok tu macam nak tumbang jek. Bunyi pokok tu macam bila-bila masa jek nak menyembah bumi. Rasa takut jugak kalau pokok tu hempap kitorang. Tawakal je la masa tu. Banyak berdoa semoga selamat sampai di Laban Rata. Rasa nak melayang jek kena tiup angin tu. huhu...

Sampai di Pondok Magnolia di Km5.5, aku dah rasa sakit dada yang mula menusuk. Kaki pon dah nak rasa kejang sebab sejuk. Lepas sapu ubat semua, aku dan Coline teruskan perjalanan. Sedap sikit lepas sapu ubat sebab rasa panas. Lepas Pondok Magnolia, aku jumpa banyak periuk kera. Subhanallah... cantek sangat. Tapi tak boleh nak tangkap gambar sbb cuaca yang buruk. Hanya jadi ingatan aku dan Coline jek.

Pukul 2.10 petang, aku dan Coline telah selamat sampai di persimpangan di mana laluan Timpohon dan Mesilau bertemu. Di Layang-Layang. Alhamdulillah, semuanya seperti yang di target. Sampai dalam masa lebih kurang 6 jam. Hujan yang semakin lebat membuat aku jadi makin tak keruan. Sangat sejuk!!!

Jalan berbatu-batu sangat licin. Air kuning teh tarik ada dimana-mana. Mengalir deras... macam lalu kat sungai pon ada. Laluan semakin sukar, aku semakin lemah. Langkah semakin tak berdaya. Nafas semakin pendek. Dada rasa sakit yang amat. Rasa macam nak mati pon ada. Terbayang-bayang wajah orang tersayang buatkan aku bersemangat kembali teruskan jugak perjalanan.

Alhamdulillah, akhirnya aku dan Coline sampai di Pondok Villosa. Masa tu tengah ribut kuat. Angin terlalu kencang. Menyukarkan perjalanan. Porter tak bagi naik masa tu sbb merbahaya dia kata. So, aku pon stay sekejap kat pondok tu dalam setengah jam sementara nak tunggu ribut nak reda.

Sarung tangan aku dah basah masa tu. Tangan aku dah pucat. Tak berdarah. Rasa kebas dan kesejukan yang sangat sakit mencucuk-cucuk. Alhamdulillah aku ditemukan dengan seorang uncle yang sangat baik hati. Nama dia Uncle Zahari dari KL. Dia pinjamkan aku glove dia. Walaupun hanya sebelah tangan jek, tapi aku sangat bersyukur ada orang yang sudi menghulurkan bantuan.

Hujan dan angin kuat memang sangat menggerunkan. Macam tak dak tanda-tanda nak berhenti, aku dan Coline decide nak teruskan jugak jalan. Kami pon jalan perlahan-lahan mengharungi ribut yang semakin mengganas. Rasa macam nak terbang kena bawak angin jek masa tu. Hanya doa yang mampu diucapkan semoga selamat sampai ke Laban Rata kira-kira 2km lagi. 2km bermakna dalam masa 2 jam lebih lagi.

Sepanjang perjalanan, kadang-kadang aku rasa macam dah tak larat lagi dengan keadaan kesihatan aku ni. Tapi aku kuatkan jugak semangat sebab hanya aku jek yang boleh tolong diri aku. Kesakitan yang mencengkam hingga ke tulang aku persetankan. Aku kena kuat! Aku menangis jugak akhirnya sebab sampai satu tahap tu aku rasa macam dah nak mati kesejukan.

Keadaan pokok-pokok yang semakin pendek menyebabkan angin lagi kuat dan sejuk. Bibir aku dah keras kesejukan. Pucat tak berdarah! Rasa kebas hingga tak boleh nak digerakkan lagi. Hanya tuhan yang tahu macammana aku rasa masa tu. Dengan langkah yang semakin lemah, akhirnya aku dan Coline sampai di Pondok Paka pada ketinggian 3080.43m.

Tinggal lebih kurang 0.7km untuk sampai ke Laban Rata Resthouse tapi aku rasa laluan yang paling susah aku nak pergi. Lepas minum air di Pondok Paka, aku teruskan perjalanan. Hujan ribut memang tak nampak langsung nak berhenti. Jalan berkabus tebal. Satu je benda yang aku fikir masa tu, Laban Rata!

Dalam keadaan hujan ribut dan berkabus tebal, penglihatan pon terhad kepada beberapa meter sahaja. Sayup-sayup aku dan Coline nampak bangunan berbumbung... Hati melonjak riang ingatkan dah sampai Laban Rata Resthouse... tapi bukan rupanya. Baru sampai Waras Hut!!! Uwaaa.... rasa macam nak give-up ada dah!

Rupa-rupanya Laban Rata tu depan sikit jek lagi. Sebab tak nampak jalan, aku ingatkan jauh lagi. Dah nangis tak larat dah masa tu. Akhirnya, aku dan Coline selamat menjejakkan kaki kat main entrance Laban Rata pukul 5.00 petang. Alhamdulillah! Syukur yang amat...

Bila masuk kat pintu Laban Rata tu, rasa macam kat bandar Cowboy pon ada. Ramai giler Mat Salleh tengah tengok kitorang dengan pandangan yang menghairankan. Depa pelik kot sebab kitorang lambat sampai... Depa semua lalu Timpohon memang la cepat sampai. Apa daaaaa....

Masuk dalam bilik, aku tak fikir ape lagi dah. Bukak semua baju yang dah basah ni, lari masuk bawah comforter. Masa tu, mmg sejuk yang amat. Baju salinan yang kering semua ada lagi kat porter. Dia tak sampai lagi. Bayangkan la macammana keadaan aku masa tu. Darah macam dah beku. Aku makin sesak nafas. Dada sangat sakit sebab kena hujan lebih dari 3 jam. Fikir dah nak mati pon ada.

Aku dah tak larat nak buat apa dah... Coline ambilkan makanan tapi satu benda pon aku tak boleh nak telan. Tekak aku dah luka teruk sebab minum air bergaram banyak kot. Perut teringin nak makan tapi tak boleh telan apa-apa pun. Hanya mampu menangis je la dalam hati sebab tak boleh nak makan. Sepanjang hari sejak awal pagi aku hanya minum air. Aku tak tahu kat mana aku dapat kekuatan panjat gunung tanpa makan apa pun. Semuanya kuasa Allah!

Ribut kat luar macam tak nak berhenti. Rasa bergegar jek Laban Rata tu kena tiup angin ribut. Heater pon depa bukak pukul 8.00 malam. Aku dah nak mati kesejukan dah. Satu minit macam satu jam lamanya. Akhirnya dalam pukul 6.00 petang, pakaian aku pon sampai. Aku pakai baju 4 lapis pon rasa macam tak pakai apa pun. Sejuk sangat!!

Pukul 7.00 malam, aku dah kena tidur sebab pukul 1.00pagi nanti dah kena bersiap-siap nak mendaki ke puncak pulak. Aku tertidur dalam kesejukan yang teramat sangat. Demam memang tak surut-surut. Kahak aku dah bercampur dengan darah. Suhu badan semakin membimbangkan. Apa yang akan terjadi seterusnya? Esok aku akan ceritakan lagi... Daaa....

~Signing off.

Borneo Adventure-Part 1

Salam buat semua,
Alhamdulillah... syukur ke hadrat Ilahi, aku dan kawan-kawan sepercutian dah selamat kembali ke Semenanjung. Fuuhhh... percutian kali ni memang yang paling memenatkan dan yang paling "mengasyikkan". Hehe...Rasa macam sekejap jek tempoh 7 hari tu... macam-macam benda jadi dan akan menjadi kenangan seumur hidup.

Aku, Coline dan Kak Muzi pergi awal sehari dari Mimi dan Kak Siti (9 Julai 2009). Kami bertolak dari Penang pukul 10.15 am dan sampai di Kota Kinabalu pukul 12.35pm. Pilot tu merempit giler, tu yang sampai setengah jam lebih awal. Dalam flight tu memang jantung dah berdenyut kencang habis... Macam tak percaya dah on the way utk "Menuju Puncak!"...

Lepas mentekedarah Nasi Beriani kat dalam flight tu, macam biasalah... "turbulance"... Adoyaiii... Perut sudah kenyang, rasa nak termuntah balik pon ada... tapi tahan jugak tak nak muntah sbb Nasi Beriani tu mahal, beb... sayang wooo kalau terkeluar balik.... haha... Tido, bangun, baca buku, tido balik, bangun, kacau2 Kak Muzi, gossip-gossip sikit atas flight tu, akhirnya.... kami pon mendarat la kat Kota Kinabalu Airport tu... yuhuuu....

Lepas tu kami naik Airport Limo utk ke UMW Toyota, Inanam ambil kereta. Zillion thanks to Kak Muzi for arranging free vehicle for this trip and together with petrol voucher... Yuhuu... Best giler naik kereta free... Alhamdulillah, kami dapat Avanza 1.5s yang baru. Kereta untuk test drive tu... Mileage pon baru 6,000km. Plastic cover pon tak bukak lagi... Hehe...

Lepas dapat kereta, drive ke Kundasang dalam area pukul 3.00 petang. Sesat-sesat sekejap kat bandar KK tu, baru jumpa jalan ke Tuaran... Hehe... tapi dalam dok sesat tu, sempat lagi gosip-gosip mengimbas kenangan tahun lepas masa pertama kali menjejakkan kaki ke Sabah... Hehe... Hujan petang tu dan jalan yang bergunung-ganang tu memang licin. Lebih kurang dua jam lepas tu, kami pon selamat sampai ke Kundasang.

Masa dalam perjalanan ke Kundasang tu, rasa nervous makin terasa. Kesihatan aku hari tu kurang memuaskan sangat sebab kena demam dan selsema. Layan blues je la dalam kereta hari tu. Badan memang rasa lemah sikit masa demam ni. Sampai di Kundasang, benda pertama sekali kitorang carik ialah "ayam sayap"... bukan check in hotel pon... dok sibuk nak mentekedarah dulu...
Kedai makan yang menjual "ayam sayap" ni memang view dia menghadap Gunung Kinabalu. Masing-masing dok telan air liur untuk yang ke berapa ratus kali dah bila nampak puncak gunung tu. Telan air liur pon macam telan pasir sungai tu... huhu.. punyalah nervous giler. Petang tu alhamdulillah, langit clear lepas hujan. So, puncak gunung tu memang boleh nampak dengan jelasnya dari Pekan Kundasang...

Ayam sayap kat sini memang sedap tau. Kalah rasa chicken wing kat Pizza Hut tu. Walaupun dalam ketakutan, makan tetap makan. Haha... Teringat-ingat lagi rasa ayam sayap tu... sedap wooo... korang kalau pergi Kundasang, kena try makan tau. Tempat jual dia ni, betul-betul atas pasar Kundasang tu, dekat simpang jalan. Senang jek nak carik...

Lepas habis mentekedarah tu, kitorang check in kat Strawberry Garden Hotel. Ambil family room. Besar dan selesa untuk kami berlima. Tapi malam tu, kami tido bertiga dulu. Demam dan selsema aku makin teruk masa tu memandangkan suhu kat situ kan sejuk giler. Tido pon pakai baju berlapis-lapis. Dugaan awal... huhu...
Bangun pagi tu memang rasa sejuk... malas betul nak mandi. Nak pijak lantai pon tak mampu sbb sejuk sangat. Terlompat-lompat dalam bilik tu... haha... Tapi mandi air panas baru best sikit. Hilang sat rasa selsema. Lepas bersiap-siap, kami bertiga pon start la perjalanan untuk hari ke dua.

Keluar dari pintu hotel... Aaaaccchhoooommm... adoyaii...bersin terus lepas kena angin kat luar... Bermulalah lelehan cecair-cecair itu tanpa henti.... makin lama makin teruk... makan pil soluble pon tak berkesan ape pon. Macam telan gula-gula jek kesan dia.. dugaan lagi... pasrah je lah...
Aku ni siap pakai glove semua macam salji nak turun, makcik-makcik kat Pekan Kundasang tu rileks jek aku tengok. Siap pakai baju kurung kain licin lagi tau! Aku ni dah kesejukan tahap gaban dah. Respek betul la dengan depa nih. Kulit tebal.. Biasalah aku kan asal dari "gurun". Bila kena perubahan suhu, badan aku terkejut sikit...

Walaupun demam, gambar tetap kena ambil kan. Photographer la katakan... Tak boleh mengalah! Fighting! Pagi tu cuaca sangat baik. Tapi aku tak dapat tangkap banyak sangat gambar "ekstrem" macam di CH haritu sbb kena jaga kesihatan jugak. Antara gambar-gambar yang sempat di rakam awal pagi tu. Layan je la ye...
Lepas dok posing-posing, kami pon cari tempat nak breakfast pulak. Ye la kan... Muka Kak Muzi pon dah kelaparan tahap yang menyiksa jiwa raga, so kami semua pon drive ke pekan Ranau nak cari kedai makan. Pusing punya pusing, jumpa la kedai mamak yang macam bukan kedai mamak kat Penang.. Layan je la.. Tak boleh complaint banyak sangat.

Lepas makan, kami pergi cari lagi barang-barang keperluan nak naik gunung esok harinya. Dok merisik-risik orang kat situ jalan untuk ke Mesilau Nature Park. Alhamdulillah ada tauke kedai runcit yang kitorang singgah tu bagitau jalan ke situ. Ramai yang tak tahu rupanya. Tauke tu siap lukis map lagi. Thanks, uncle!
Berpandukan peta yang diberi, kitorang naik semula ke pekan Kundasang. Cari punya cari, mmg jauh rupanya jalan nak ke Mesilau Nature Park tu. Sempat lagi turun tangkap gambar kat golf resort area situ. Akhirnya setelah turun naik bukit yang curam, kami bertiga pon sampai. Kami pergi situ untuk mendaftarkan diri untuk mendaki gunung esok harinya.
Lepas siap daftar dan bayar semua yuran untuk mendaki, kami bercadang nak pergi tengok periuk kera yang terbesar tapi tak dapat sbb jalan ditutup buat sementara waktu sebab ada jalan runtuh... huhu... tapi nak buat macammana... tak dak rezeki nak tengok periuk kera tu.
Dalam perjalanan balik dari Mesilau Nature Park tu, sempat jugak menyinggah kat private land kat area situ sbb view memang sangat cantik kat situ. Nak tangkap gambar punya pasal, redah jugak walaupun jalan masuk dia memang teruk sikit. Layan je la ek gambar-gambar nih..
Waahhhh.... macam kat New Zealand gitew kan? Lembu-lembu lari la masa kitorang datang... kitorang kecoh sangat kot... lembu-lembu tu dah biasa dengan suasana aman damai tapi bila kitorang datang mesti depa pon dok berdoa bila la kitorang nak blah dari situ... haha... Depa tak giler glamer macam lembu kat New Zealand... low profile jek... tu sebab seko pon takda dalam gambar-gambar yang aku ambik. Hehe...
Lepas habis menganggu ketenteraman lembu-lembu kat situ, kitorang pon pergi ke Kundasang War Memorial. Mengisi masa lapang yang ada. Tempat ni betul-betul kat pasar Kundasang. Lepas posing-posing kat situ, kitorang pon balik la ke hotel untuk berehat dan menantikan kedatangan Mimi dan Kak Siti petang tu.
Demam dan selsema semakin teruk. Badan semakin lemah. Esok hari nak kena mendaki gunung pulak. Bukan Bukit Jambul,ok! Apa akan terjadi seterusnya... Nantikan sambungan kisah ini di lain entry aku. Until then, take care semua... daaaaa....

~Signing off.

Dag Dig Dug

3 hari lagi... OMG!!! OMG!!! OMG!!!
Perasaan aku sekarang ni bercampur baur. Excited ada... nervous ada... takut pun ada. Macam tak percaya pon ada.. Rasa macam nak muntah pon ada... huhu... Esok flight ke Sabah pukul 10.14 pg dari Penang ni. Insyaallah sampai Sabah dalam pukul 1.14 petang.

Malam tadi aku dah kumpulkan barang-barang untuk climbing semua. Bila tengok barang-barang tu, aku rasa lagi nervous. The moment of truth! Bila hujan ribut malam tadi, aku risau jugak hujan masa climbing nanti. Aku risau aku tak tahan sejuk... Ya Allah, permudahkanlah perjalananku nanti.

Kepada keluarga dan kawan-kawan semua,
Doakan aku selamat pergi dan selamat kembali semula ke Penang. If anything bad happen to me, please forgive me, ok... Halalkan makan minum semua lah ye. I love you all. Doakan aku selamat sampai ke puncak dan turun balik ke kaki gunung Kinabalu. Thank you so much for everything. Aku akan buat yang terbaik. Fighting!!!

To Mr. WSA,
Thank you sooooo much for your support. Thank you for believe in me. Sorry I always hurt your feeling lately. I don't know why... But I want you to know, you are always in my heart. Love you so much dear... I'm gonna miss you.

~Signing off.

Never underestimate the mountain!

Attention to my fellow climbers. Please read this carefully. I found it from one of the website yesterday.

ALTITUDE SICKNESS

As Mount Kinabalu is categorized in Very High altitude scale (12,000 - 18,000 feet [3,658 - 5,487 meters]), the risk of you getting altitude sickness or acute mountain sickness (AMS) is there. Laban Rata, the place for you to stay overnight before ascending to Low's Peak is at the High altitude scale (8,000 - 12,000 feet [2,438 - 3,658 meters]).

Since few people have been to such altitudes, it is hard to know who may be affected. There are no specific factors such as age, sex, or physical condition that correlate with susceptibility to altitude sickness. Some people get it and some people don't, and some people are more susceptible than others.

Most people can go up to 8,000 feet (2,438 meters) with minimal effect. If you haven't been to high altitude before, it's important to be cautious. AMS is common at high altitudes. At elevations over 10,000 feet (3,048 meters), 75% of people will have mild symptoms (Laban Rata is at 3,270 meters/10,728 feet).

The occurrence of AMS is dependent upon the elevation, the rate of ascent, and individual susceptibility. Many people will experience mild AMS during the acclimatization process. The symptoms of Mild AMS are headache, dizziness, fatigue, shortness of breath, loss of appetite, nausea, disturbed sleep, and a general feeling of malaise.

Symptoms tend to be worse at night and when respiratory drive is decreased. If you experience the above symptoms, panadol/paracetamol or brufen (painkiller) usually adequate to relieve the symptoms. If the symptoms persistent and not relieved by medications, it is advisable not to continue your climb. However, most of the climbers is up and running again with some panadol.

These are some tips for prevention of AMS:

  • If you begin to show symptoms of moderate altitude illness, don't go higher until symptoms decrease ("Don't go up until symptoms go down").
  • Keep in mind that different people will acclimatize at different rates. Make sure all of your party is properly acclimatized before going higher.
  • Stay properly hydrated. Acclimatization is often accompanied by fluid loss, so you need to drink lots of fluids to remain properly hydrated (at least 3-4 quarts per day). Urine output should be copious and clear.
  • Take it easy; don't over-exert yourself when you first get up to altitude. Light activity during the day is better than sleeping because respiration decreases during sleep, exacerbating the symptoms.
  • Avoid tobacco and alcohol and other depressant drugs including, barbiturates, tranquilizers, and sleeping pills. These depressants further decrease the respiratory drive during sleep resulting in a worsening of the symptoms.
  • Eat a high carbohydrate diet (more than 70% of your calories from carbohydrates) while at altitude.
  • The acclimatization process is inhibited by dehydration, over-exertion, and alcohol and other depressant drugs.
  • If symptoms increase, go down, down, down!

PHYSICAL FITNESS

Although Mount Kinabalu is not a technical mountain climb, it is a major challenge and the rigors of altitude should not be underestimated. The ascent is not difficult in climbing terms, but it is very strenuous, especially for those who are not very fit.

The pace of your ascent coupled with good acclimatization will help you on the climb but it is essential to be mentally and physically prepared before you start. Regular hikes are one of the best ways to prepare, increasing frequency and length as you get closer to the trek.

All aerobic exercises such as; cycling, running, swimming and funnily enough aerobics are good for strengthening the cardiovascular system. Generally, any exercise that increases the heart rate for 20 minutes a day is helpful but don't overdo it just before the climb.

The following steps are a guide to achieving acclimatization:
  • Water: A fluid intake of 4 - 5 liters per day is recommended. Fluid intake improves circulation and most other bodily functions, but does not increase fluid leakage from the body. Thirst should not be an indicator of proper fluid intake, if your urine is clear then you are drinking enough. During the climb, drinking water is taken from mountain streams.
  • Slow Walk: Pace is a critical factor on your climb. Unless there is a very steep uphill section your breathing rate should be the same as if you were walking down the street. If you cannot hold a conversation you are walking too fast. Walk "softly" allowing your knees to gently cushion each pace. "Pelan-pelan" (go slowly) is the phrase of the day.
Many people suffer from headaches, nausea or disorientation due to mild altitude sickness at the overnight hostel at Laban Rata (3,262 meters/10,703 feet). Headache tablets and anti-nausea medications may help, but if symptoms are severe do not continue the climb. Never underestimate the mountain.

On the climb, guides carry all basic medications but it is recommended that all climbers should take a small, personal first aid kit. All the park staff is trained in basic mountain rescue and first aid. In a major medical emergency, the nearest district hospital is in Ranau; the staff there will transfer serious cases to the government hospital in Kota Kinabalu, usually by road. There are private medical clinics in Ranau and as well and well-equipped private hospital, the Sabah Medical Center (SMC).


Are you ready for it?? Let's go!
~Signing off.

The Climb

I just want to give a short reminder to all my expedition friends for climbing Mount Kinabalu next week (11-12th July 2009). How's your preparation so far? I always pray all of us will make it. Insyaallah... I just feel a little bit scared but I will push myself over my limit. This is my dream! Our dreams! Don't ever give up and I hope we support each other until the end of our expedition. Fighting!!! We can make it! Yes, we can!

Please take note!
Things to bring (individual):
- suitable walking shoe
- anti-cramp spray
- warm clothing
- long johns or thermal clothes
- raincoat (in case of rain)
- long sleeve shirts
- face towels
- track pants
- hiking bag (waterproof) - limit it to less than 10kg.
- change of clothes
- 1 liter water bottle (refill water during climb on each shelter)
- high energy food
- water purification tablet
- torch light or head lamp + batteries
- gloves (waterproof) - to protect hands from rope burn and cold
- thermal hat
- metal alloy walking stick ( it is not necessary)
- Balaclava mask - to protect your face from the cold wind (optional)

Personal first aid pack:
- Painkillers (paracetamol is adequate. Strong painkillers should not be taken as they mask the symptom of altitude sickness)
- Blister treatment
- Anti-nausea/ anti-vomiting tablets
- Antihistamines
- Imodium or other anti-Diarrhea tablets
- Plasters / Band aids
- Sun block for skin & lips (factor 15+)
- Knee support
- Ankle support
- Oral rehydration salts / sachets
- Insect repellent containing DEET
- Diamox and Hydrocortisone (not necessary)

Just remember this:
"Whatever the mind can conceive and believe, it can achieve!"
Our theme song for this expedition is The Climb from Miley Cyrus. Just for our entertainment along the journey. Remember this song, ok? I paste the lyrics here:

I can almost see it
That dream I am dreaming

But there's a voice inside my head saying
"You'll never reach it"


Every step I'm taking

Every move I make feels

Lost with no direction
My faith is shaking


But
I gotta keep trying
Gotta keep my head held high


There's always gonna be another mountain

I'm always gonna wanna make it move

Always gonna be a uphill battle

Sometimes I'm gonna have to lose


Ain't about how fast I get there

Ain't about what's waiting on the other side

It's the climb


The struggles I'm facing

The chances I'm taking

Sometimes might knock me down

But no, I'm not breaking

I may not know it

But these are the moments that

I'm gonna remember most, yeah

Just gotta keep going

And I, I got to be strong

Just keep pushing on..



~Signing off.

Adik Yang Yang - Part 3

Adik Yang Yang dengan Umie...

Hari ni aku nak sambung cerita pasal adik Yang Yang lagi. Cerita di Taman Pertanian, Shah Alam a.k.a Bukit Cerakah. Kitorang sampai lewat sikit masa tu. Area kul 9 lebih pagi. Memula ingat nak naik basikal tapi ramai sangat orang. So, tak dapat lah nak bawak adik Yang Yang naik basikal. So, jalan-jalan je la kat Bukit Cerakah tu.

Meh layan je la gambar-gambar yang aku shoot kat Bukit Cerakah tu. Memang susah nak jaga adik Yang Yang nih... Sib baik ada Umie dia. Kalo tak pengsan kitorang nak jaga dia. Asyik nak lari jek. Aku yang tangkap gambar-gambar ni kena lari jugak sana sini. Aku lari, adik Yang Yang pon lari kejar aku. So, camane nak tangkap gambar?? Huhu...





Ok la weh. Aku nak sign out ni. Nak wat keje. Melampau-lampau aku mengupdate blog je sekarang nih. Hehe... Banyak lagi gambar adik Yang Yang, tapi aku tak sempat nak upload semua. Next week sesi photoshoot kat Sabah pulak... Banyak giler gambar.... huhu... Daaaa...

~Signing off.

About Me

My Photo
Lenny a.k.a LeN
Cheerful and optimistic. More interested in what will happen tomorrow rather than focuses on the mistakes of today. Love traveling to exotic destinations & love photography..
View my complete profile