Adik Yang Yang - Part 2

Hari ni aku nak sambung lagi post gambar aktiviti aku bersama adik Yang Yang selama 3 hari kat KL tu. Sorry sangat ye kawan-kawan di KL yang tak sempat aku nak jumpa. Teringin sangat nak jumpa korang tapi ada urusan penting, so rasa sekejap jek kat KL tu. Jumaat petang aku sampai KL dan balik semula ke Penang hari Ahad petang.

Hari Sabtu aku ngan Coline jaga adik Yang Yang sebab mak cik aku kena pi sekolah hari tu. Biasalah cikgu kan. Mula-mula mak cik nak hantar adik Yang Yang pi Taska, tapi aku ngan Coline cakap leh jaga dia... Hehe... Rasakan kepenatan menjaga budak notty yang comel ini... Fuuuhhh....

Antara gambar-gambar adik Yang Yang masa tengah makan bubur nasi yang sempat aku shoot. Budak ni sangat kuat makan tapi tetap ketot jugak aku tengok. Dari celik mata sampai nak tido pon makanan ada kat tangan dia. Hehe... Ikut perangai sapa la tu... Kuat mentekedarah!
Lepas makan, buat aktiviti berenang kat swimming pool bersama adik Yang Yang. Budak ni sangat ganas sampaikan beberapa shoot menarik terpaksa aku lupakan sebab aku lebih sayangkan kamera aku... Huhu...Nasib baik jugak la swimming pool ni sebelah rumah jek... Kalau jauh sure aku tak larat nak jalan balik rumah... huhu... penat giler jaga budak ni..Gambar di atas tidak ditapis sbb ramai yang ingat adik Yang Yang adalah perempuan. Dia sebenarnya lelaki sejati tau... Jantanzz gitew... ahaks ahaks... Lepas penat mandi, balik rumah plak dia bergaduh berebut handphone aku dengan abang dia nak main game... Huhu... Abang dia baru balik dari sekolah, lepas latihan dikir barat...
Korang tengok je la gambar-gambar kat atas tu. Memula tengok abang dia, Mirza Hakim main game kat handphone aku. Pastu dia pon nak jugak main. Berebut handphone tu.. Berebut punya berebut, sorang dapat patung yang aku gantung kat handphone tu, sorang lagi terus main game...

Uwaaaa.... Berakhirlah riwayat patung yang aku gantung kat handphone ku itu... Sib baik la aku pakai handphone cikai-cikai jek... Kalo aku pakai i-Phone la, aku rasa habis jahanam depa kerjakan sbb lebih banyak game yang cool... huhu...

Lepas tak dapat nak amik handphone tu, dia baring sebelah aku tengok TV... aku dodoi-dodoi sambil shoot muka dia... Lama-lama... zzzzzzzz.... akhirnya, aku dan Coline leh idup aman sekejap... yuhuuuu... sbb petang tu nak pi belikan depa ni turtle 2 ekor kat Ikano.
Sementara adik Yang Yang ni tido, aku ngan Coline pon bersiap-siap nak keluar pi jalan-jalan kat Ikano. Lepas adik Yang Yang bangun, kitorang pon pi lah Ikano... sampai sesat-sesat gitew... Biasalah, tak tahu jalan. Main redah jek... Bape kali call Zaila nak confirmkan jalan. Letih sangat jaga adik Yang Yang yang suka menjerit dan excited sangat tengok binatang kat Pet Shop. Belikan bebudak ni turtle 2 ekor, sorang satu tapi still berebut-rebut gak... huhu... Budak-budak!

Ok, aku nak buat kerja yang tertangguh ni... Nanti ada masa free lagi aku uplod gambar lain plak kat Taman Pertanian Shah Alam. Daaa....

~Signing off.

Adik Yang Yang - Part 1

Nama: Mirza Syahmi Bin Norman Shah
Panggilan: Yang Yang PP, Ippi, Ebeen Ebeen, Syahmi, DikNot (Adik Naughty)
Umur: 2 tahun
Hobi: Membuat hura hara...

Aku sangat keletihan lepas balik dari KL. Macam lepas buat khidmat negara plak. Seronok gak pi KL weekend lepas. Hilang jugak la stress keje lepas dapat main-main dengan adik Yang Yang PP. Cuma penat sikit la jaga budak nih. Al-maklumlah, aku tak jaga budak dah berbelas-belas tahun dah sejak Arul besar ni.

Walaupun ada sedikit nakal, adik Yang Yang sangat rajin menolong kerja-kerja rumah. Rajin adik tolong Umi jemur kain... tak jadik nak marah... Good boy!
Jom layan je gambar-gambar yang sempat aku tangkap masa di KL haritu bersama adik Yang Yang PP ni. Beratus-ratus aku snap tapi yang ok boleh kira dengan jari jek. Budak ni hyper active sangat. Untung la muka dia dapat gak masuk frame. Belum sempat nak focus kat muka, dia dah lari tempat lain... huhu... sangat mencabar photoshoot ngan budak nih.
Lain kali aku upload lagi gambar adik Yang Yang yang berlambak-lambak nih.. Tak larat nak mengupload sebab semuanye comel-comel belaka. Macam kakak sepupu dia nih... hehe... Daa...

~Signing off.

Capacity Building Workshop

Hi guys,
Selama 3 hari ni starting from 23rd until 25th ni aku seperti biasa lah kena jadi photographer utk Capacity Building Workshop: Creating Tobacco Control Youth Leaders among Undergraduate Students in Malaysian Universities. Hehe... Hari Jumaat ni aku apply leave. So, 4 hari aku tak duduk kat ofis.Korang nampak tak beg kamera ngan laptop aku yang gumuks nih. Sakit bahu aku usung sana sini. Aku timbang beg ni 10kg++. Huhu... Bionic woman bak kata Nazri. Apapun, aku tak kesah pon... dah tugas... ;p
Kechik pon sempat posing. Tinggal bebudak tu sat. Time ni kita plak nak wat photoshoot. Hehe... Penat tau ke hulu ke hilir nak shoot bebudak ni... terbakar lemak-lemak yang dibela selama ni, kan Kechik? heh heh...

Nazri yang selalu suruh aku snap gambar dia. Pantang nampak kamera. Terus posing gaya ala-ala model tak jadi gitew... hehehe....Bebudak wat presentation, kitorang sibuk wat sesi photoshoot sendiri. Facilitator pon nak posing gak ape... Mengisi masa lapang...

Aku upload sekali gambar-gambar untuk sesi outdoor photography bebudak tu... Tapi photographer plak yang terlebih-lebih tangkap gambar. Layan je la... Bile lagi nak interprem, kan?Apapun aku enjoy tangkap gambar. Banyak gambar tapi aku upload yang aku rasa nak upload je la... Gambar bebudak tu, aku tak upload... Nanti Kechik nak letak kat Facebook. Tengok dari sana la ye adik-adik... Ni semua gambar kitorang nak interprem sekejap... huhu... Ok, guys...aku nak sambung wat keje lagi. Ni curi-curi update blog. Hehe... Daa...

~Signing off.

Baby Photography

Yesterday I found something interesting about baby photography. I've got ideas to post this entry and dedicated it to my friends out there who got their first newborn baby. Just check this out, guys!

Baby photography can be the most challenging and rewarding portraits to take, but it can also be the most frustrating. Babies tend to sleep, eat and cry a lot and won't pose in front of the camera but don't let that put you off photographing them.

Creating the perfect baby portrait, when done right, will certainly be rewarding. Another great thing about taking baby pictures is that sometimes the baby will turn and follow your movements, and sometimes they won't.

You have to change angles, move to their side, stand up, sit down, lay down and shoot upward. Without having a background in modeling, no matter how expert or pro of a photographer, you can't always anticipate how the final picture is going to turn out. In the other words, the average person doesn't see many examples of cute baby pictures.

Tips for baby photography:

  • Search a better desired lighting, not to use flash.
  • Wait until the baby is clean and calm.
  • Use center weighted-average metering and focus on the people.
  • Critical low light condition, use a bounce flash rather than direct flash.
  • Check your camera's LCD to avoid shadows, if you use flash.
  • Babies are quite unpredictable in their behavior and motion blur can spoil the image. Adjust your camera's ISO and a big aperture setting provides sufficient light to freeze the moment while hand-holding the camera.
  • Move around to check out all the camera angles.
  • Go for the miniature proportions of the baby, e.g tiny feet and the tiny fingers. This is emphasized by comparing it to the proportions of the hand of the father and mother.
  • Don't ever handle a baby without parent consent. Most parents will be very protective and won't react well to stranger lifting the infant.
  • Ready with toys to amuse the infants, make funny sound/noises, call baby's name. All this is to get the baby intention! Need a lot of patient to snap a picture.
  • Avoid backgrounds that are particular bright, a light color background will work best.
  • Watch out for the fingers, fingers in the mouth can be attractive but on most occasions they will obscure the face.
  • The best time for baby photography is always morning. When scheduling the photography session, take into the consideration of your child's nap times.
  • Make sure you get their eye sharp. Avoid red eyes.
  • Blurred backgrounds work really well with babies, use a long lens with a big aperture, or do it a image editing software.
I suggest is to take a lot of photos. The more photos you take, the more photos you will have to choose from. So, hurry up! Get your camera and start photo hunting! I hope all the pictures above will give you some ideas to shoot a great baby picture. For baby photography, I prefer black and white picture because it looks more classics and coooool. Hehe...

~Signing off.

Umbrella..ella...ella...

Great pictures, isn't it? I really like these kinds of pictures. Taking picture using umbrella is a good idea. Very good idea! It makes our picture more meaningful. I really hope one day I will capture this type of picture... You know... bad weather lately...no more bright blue sky...no more beautiful sunrise and sunset...huhu...

Urgh...I'm not feeling ok lor.. My throat is killing me; it has been hurting since yesterday and is getting worse. Any suggestions on what to do to help it? Maybe I need a vacation. haha... Next month, I'm going to KK again. Yuhuu... I can't wait! Counting the days...

Ok guys, got to go. See you next time. Until then, take care and live well ok? Daaa....

~Signing off.

Examination... Again??

Hari ni aku attend exam untuk sekian kalinya selepas dah nak dekat setahun tak duduk dalam examination hall. Rasa pelik dan nervous jugak la... Untuk kertas 1 paper Umum ni, ramai yang kena repeat exam ni sbb kantoi. Tu yang buat aku stress jugak la... Sebab macam susah sangat paper ni...

Masa dah masuk dalam examination hall aku rasa macam tak sanggup nak baca buku soalan. Nervous beb! Mana tak nya, jawapan aku nanti tentukan aku lulus atau kandas. Huhu... Lepas baca doa ape yang patut, aku pon bukak kertas soalan tu sikit-sikit....Siap pejam-pejam mata lagi... poyo!

Jeng jeng jeng... soalan first dah buat aku sengih... hehe... baca sampai habis soalan tu buat aku sengih lagi lebar. Bagus! Tak susah sangat... Alhamdulillah... Apa yang aku dok pulun study semua keluar. Aku dok copy and paste je la fakta-fakta yang berselirat dalam kepala aku ni kat kertas jawapan...Tak sabar nak luahkan fakta-fakta yang leh print jadi buku balik nih!!

Ada 6 soalan, wajib jawab 4. So aku jawab 4 je la yang dia suruh. Malas nak jawab semua. Kan penanda kertas jawapan aku tu cakap aku "eksen" plak tahu jawab suma soalan. Haha... Gurau jek! Aku jawab 4 soalan yang aku rasa aku leh betul semua. Hehe... Jawab jek yang dia suruh... toksah nak memandai... hehe... aku kan skema!

Tapi kalo misalnya la kan, aku tak lulus paper nih, aku rasa aku kena jugak jumpa penanda kertas jawapan aku tu. Nak tahu aku salah kat mana sbb aku mmg tulis apa yang aku "hafal" dari buku-buku yang aku baca. 100% disahkan kesahihan faktanya. Something wrong somewhere la tu... hehe... walau apapon, aku doa dan harap sangat-sangat aku lulus paper ni... anything can happen in life! Kot-kot jawapan aku salah ke... who knows!

Apapun, esok ada satu paper lagi untuk aku attend. Technical plak... Tak study ape pon nih. Mata dah ngantuk plak... Wish me luck untuk esok ye! Kalau aku lulus dua-dua paper ni, aku belanja korang suma makan nasi minyak aku tahun depan. Hehe... Daa....

~Signing off.

Stressed Out!

Arghh....
My life is sooooooooooooooooo complicated!!! Damn!
At wits' end... :(

~Signing off.

About Me

My Photo
Lenny a.k.a LeN
Cheerful and optimistic. More interested in what will happen tomorrow rather than focuses on the mistakes of today. Love traveling to exotic destinations & love photography..
View my complete profile