Outstation

Hi guys,
Lama tak update. Last week baru balik dari Johor. 6 hari jugak la balik kampung. Hehe... Naik flight sorang diri amat membosankan... Tapi dapat jugak jumpa adik Arul kat asrama. Rindu giler ngan dia... Dapat jumpa pon sekejap jek... Tak dpt la nak menyakat dia sampai nanges... Haha..

Esok aku kena gi outstation ke Lenggong, Perak. Ada buat workshop kat sana dengan students farmasi. 1-4 Mei.. Lama gak tu... Aku macam biasa, jd photographer & technical support. Depa cakap tempat tu cantik... hopefully... kalau macam Janda Baik tempat dia, ok gak nak shoot...

Doakan aku selamat pergi & kembali... Walau di mana aku berada, hati aku tetap tertinggal kat Penang.. jeng jeng jeng... Hopefully tempat tu ada coverage. Kalau ada wireless mesti lagi sempoi... Leh aku update dari sana... Have a nice weekend, guys. Live well & take care!

~Signing off.

Gud Luck, Kak Muzi...

Pagi ni, rasa sedih sangat... tengok Kak Muzi tarik beg keluar dari rumah. Sayu plak hati ni... Tapi nak buat macammana, rezeki Kak Muzi ada kat KL. Tinggallah aku berdua dengan Coline kat rumah sewa tu... Rasa kehilangan pulak...

Kak Muzi,
Saya doakan Kak Muzi success dalam apa jua bidang yang Kak Muzi ceburi. Terima kasih banyak di atas segala budi yang Kak Muzi berikan. Hanya tuhan yang dapat balas jasa Kak Muzi kat saya. Terima kasih sbb selalu jadi pendengar yang setia masalah saya. Saya akan ingat saat-saat gembira kita sampai bila-bila...Sedih pulak berpisah dgn Kak Muzi. Saya dah anggap Kak Muzi macam kakak sendiri. Semoga Kak Muzi terus berjaya...

Terima kasih sbb jaga saya, masa saya sakit...
Terima kasih sbb ambil berat pasal saya...
Terima kasih sbb byk support saya jd Photographer...
Terima kasih sbb tumpangkan saya pergi keje kt Sg Pinang dulu...
Terima kasih sbb sudi datang rumah saya kat Johor...
Terima kasih sbb selalu teman saya shopping...
Terima kasih sbb teman saya tengok wayang...
Terima kasih sbb selalu buat cupcakes & muffin utk saya...
Terima kasih sbb buat birthday cake utk saya...
Terima kasih sbb teman saya hiking Bukit Bendera...
Terima kasih sbb sudi jadi teman merempit...
Terima kasih untuk segala-galanya...
Banyak sangat yang Kak Muzi dah buat utk saya.

Saya minta maaf banyak kalau saya ada buat salah kat Kak Muzi. Halalkan makan minum semua ye. Minta maaf sbb tak hantar Kak Muzi sampai kat kereta tadi pagi... Saya tak boleh pergi sbb sedih sangat. Dah bergenang mata ni... Saya tak nak Kak Muzi berat hati nak tinggalkan Penang.

Kak Muzi,
All da best! Aja aja fighting! Mianhe... Jeongmal mianhe... Sayonara!!!

~Signing off.

Cikgu

Hi guys,
Rabu lepas aku ditugaskan handle bengkel untuk pelajar sekolah menengah area Bukit Mertajam... First experience aku handle bengkel ni tanpa ada senior. Rasa macam berat jugak nak accept assignment ni tapi aku take it as a challenge. Belum cuba belum tahu, kan...

Pukul 8.15pg dah bertolak dari ofis. Sampai sekolah tu, aku setup booth utk pameran. Dup dap dup dap hati ni... tapi aku kuatkan semangat jugak. Aku ada empat orang pembantu, 2 orang untuk jaga pameran dan lagi 2 tolong aku berbengkel. Aku dapat tahu yang kali ini aku kena handle pelajar yang sangat bermasalah... huhu... Bukan 10 orang tapi 30 orang. Selama ni buat bengkel utk student kelas A & ada sifu. Kali ni lebih mencabar...

Pukul 9.45pg sepatutnya bengkel dah start tapi... huhu... ada yang keluar, ada macam2 hal la... susah betul nak control budak-budak nih... Akhirnya pukul 10.30 pg aku terpaksa start jugak bengkel tu sbb masa tak cukup kalau aku tunggu semua sekali ada...

Aktiviti pertama aku dah pening... sepatutnya cuma 5 minit masa untuk aktiviti ni, tapi dah drag sampai 15 minit... camana la aku tak pening... aku soh tulis nama sendiri, dok tulis nama orang lain... semua pelajar kat situ lelaki. Aku la sorang-sorang perempuan... mmg kena buli dengan pelajar!

Makin lama aku makin pening sbb susah nak control depa nih! Kepala otak dok fikir camane nak buat depa senyap. Sbb depa mmg aktif yang luar biasa. Macam nak nanges jugak sbb kena buli... Kalau aku nanges time tu mmg memalukan USM... haha...

Masa bengkel sedang berjalan, tetiba ada lagi student yang baru masuk. Makin lama makin ramai... pulak dah.. kira punya kira dah nak dekat 40 orang dah... OMG! I'm dead!! Bos... help me!! Tapi aku tetap menunjukkan gaya confident & cool... Rileks... rileks...

Kebanyakan aktiviti mmg terlebih-lebih masa... susah nak control sbb depa suka dok kacau member lain tengah buat tugasan... sampai satu tahap, aku dah rasa nak bertukar menjadi The Incredible Hulk... buat pertama kalinya aku menjerit!!! Tetiba suma senyap jek... hah... berkesan rupanya taktik nih... Aku saje jek wat muka garang dan alhamdulillah depa ikut cakap pulak lepas tu... dalam hati dok rasa nak tergelak jugak...

Ada satu aktiviti ni, pelajar dikehendaki berbincang sesama ahli kumpulan bersama tajuk masing-masing. Setiap group ada satu masalah sosial remaja dan cara-cara untuk menanganinya... Ada presentation utk tajuk yang dibincangkan...Ada satu group ni buat pasal kes rogol... pastu depa tanya aku camni...

"Cikgu, saya nak tanya nih.."

"Ok... tanya lah..."

"Cikgu, group kami nak buat lakonan tapi tak dak perempuan... macammana?... tapi sekarang ni lelaki rogol lelaki pon ada kan, Cikgu?.. nak kena berlakon real ke Cikgu?"

Gulp... Adoyaii... Bebudak ni buat aku macam cicak tertelan kapur...

"Eh... tak payah...tak payah... tak semestinya awak kena berlakon adegan tu... banyak lagi cara awak boleh persembahkan..."
Fuhh...dapat jugak jawab tapi malu jugak la sbb aku sorang jek pompuan time tu...

"Cikgu, macammana kalau kami nak lukis adegan rogol tu??"
Pulak dah... kena lagi aku time tu...

"Ehhh... tak payah lukis yang bukan-bukan. Cikgu bukan suruh awak fikir sampai tahap tu..."
"Habis tu cikgu, kami nak buat ape?"
Aduh...awatlah depa pilih tajuk ni... camane aku nak handle... bebudak ni saje nak main2kan aku nih!!

"Ok... macam inilah... tak semestinya awak kena berlakon & lukis aksi tersebut... awak jugak boleh buat pantun, sajak, menyanyi ke... asalkan dalam persembahan awak nanti ada terangkan cara-cara utk tangani masalah sosial ni... Ok?"

"Cikgu, kalau kami nak lukis perempuan pakai baju yang menjolok mata, boleh tak?"

"Boleh, tapi jangan terlalu melampaui batas... cukup sekadar awak lukis perempuan pakai skirt pendek sahaja.... yang lain-lain part tu, tak payah la lukis..."

"Ok Cikgu, kami dah faham..."
Fuhhh... lega aku... solved satu problem... tapi muka aku merah dah time tu... Uwaa... aku nak balik...

Lepas setengah jam pelajar duduk berbincang, presentation pon dimulakan... Alhamdulillah... aku tak sangka jugak output dari diorang nih... walaupun diorang bukan dari kelas A, tapi cara diorang berfikir mmg aku kagum... Group kes rogol keluar dengan pantun dan lukisan yang bagus... Lega aku semua pelajar bagi kerjasama...

Walaupun susah nak control depa, alhamdulillah objektif bengkel semua tercapai.. Satu experience yang sangat bagus untuk aku... Apapun, balik ofis aku tunjuk hasil bengkel kat bos ngan senior... depa suma gelak sakan baca pantun yang student buat.... haha... best..best...

~Signing off.

Flu

Urghh... feel so sickening now with flu. I have a very important meeting to attend today. I just hate flu. I don't know how many packet of tissue paper I've ripped open. It was kind of embarrassing having your nose wet and dripping but I just can't help it.

I feel like crap. I mean, as I'm writing this post, it is almost impossible for me to do it because the glare of my computer is making my eyes hurt. Urgh..

I should have got a flu shot!

~Signing off.

I'm So Tired...

Mmm... why I am so tired??
I have finally reached point in my life where I am tired of being overweight. I am tired of not looking at myself in the mirror because it makes me sick! I am tired of always being conscience of what I look like to other people.

I am tired of the way it makes me feel when someone is talking to me and their eyes wander up and down to my body as they take a glance at my roll. Damn!! I am tired of walking into the store to buy clothes feeling normal and walking out frustrated and hating myself. Urghh!!!

I am tired of thinking "I don't look good, I just look less fat in this outfit." I am tired of worrying if I will exceed the weight limit on something - like a ride at a park or a boat. I am tired of looking into a crowd of people and thinking only "I wish I had her body" or "I wish I looked like that."

I am tired of people lying to my face when I call myself fat, they say - "No, you're not fat, you're just a little overweight" or "You're not fat, you're just big boned." I am fat, and I know I'm fat, I know when you look at me; you see that I am fat!

I am tired of being the biggest person in the room. I am tired of being the biggest person at my company. I am just sick and tired of being overweight!

Mmm... so, my solutions are planning my meals and exercise everyday! So, don't wish me luck - wish me strength and willpower to take back control of my body and my life... Aja Aja Fighting!!

~Signing off.

Weather Got You Down?

It's already April and yet it has been raining almost everyday in Penang. This type of weather makes me feel a bit down and lazy. Hehe... The ability to still feel motivated in a rainy windy day is a bit tiresome.

I have been sitting here in front of my computer since 8.25 am, procrastinating work that should have been done a while ago. What's got me so down? Weather. The rain makes a beautiful sound, but what can it do but relax you and put you to sleep? What's cool though is that I can hear the birds chirping right beside my window while I'm checking emails. Lalala~

So, to cheer up my gloomy day, I've decided to post fabulous photos with rain. With these pictures, I would like to give you a little inspiration to do some photography on rainy days. Many people's first thought when they see it raining is to put their camera away, however stormy and rainy days are some of the biggest chances to shoot moody atmospheric images.

That's it for now. Now I'll leave you with some of best pictures with rain. Let's get inspired!!

*Sometime this month I have to post the pictures that I have been taking. ;p

~Signing off.

About Me

My Photo
Lenny a.k.a LeN
Cheerful and optimistic. More interested in what will happen tomorrow rather than focuses on the mistakes of today. Love traveling to exotic destinations & love photography..
View my complete profile