Dalam Kenangan - Group 4.
Duduk dari kiri: Abang Fairuz (Tapah) & Fahmi (KL).
Berdiri dari kiri: Kak Jue (Student UM), Dinie Masjuki (our Fasilitator), Hisham (KL), Saiful Nang (our Pengetua), Syakirah (student UIA).
Berdiri belakang sekali: Aku yang terselit tu (Penang mari!) & Abang Ashraff (KL)Hi there!
Sorry for the late update... What a hectic week! Fuuhh... Alhamdulillah... Everything is going back to normal. Everyone always ask me for an update... So, here we go..
Pada suatu pagi yang cerah... jeng jeng jeng...pagi 23 hb Feb yang lepas, Zaila dengan baik hatinya sudi menghantar aku pergi ke D'Ark Training Resort, Janda Baik, Pahang. Aku memang sangat berterima kasih dengan perngorbanan bestfriend aku nih... sanggup mintak half day sbb nak hantar aku pergi Janda Baik. I really appreciate it, buddy! Tak tahu nak balas jasa camane...
On the way ke Janda Baik, jantung aku dup dap dup dap... Nervous giler... Sampai sakit perut dan rasa nak muntah... Jalan nak masuk ke Janda Baik pagi tu agak berkabus la... Macam menyeramkan jugak sbb jalan yang agak sempit dan bengkang bengkok... Alahai... Mencabar betul pagi tu... Takut tersesat jek... Tapi view kat situ mmg chantek... Hijau di sana sini... sejuk mata memandang.
Aina ada bagitau aku, D'Ark Training Resort ni tempat penggambaran cerita Kekasihku Seru... Walaweh... Dengan keadaan jalan yang berkabus suma tu, lagi la meremang bulu roma aku nih.. Aku ni kan penakut... Akhirnya setelah mengharungi jalan yang agak menyeramkan tu, sampai jugak aku ke D'Ark Training Resort. Resort ni betul-betul kat tepi sungai... Memang chantek la resort ni... Suasana kampung memang sangat terasa...
Masuk pintu pagar resort tu, debaran aku makin kuat... seram sejuk siot badan aku... Aku pon tak tahu kenape... nervous semacam jek... Lepas parking, aku try call Mukhriz nak tanya kat mana nak daftar... tapi yang jadi tukang cakap, Zaila la sbb aku dah pucat lesi dah time tu... huhu... apalah aku ni... Rupa-rupanya masa time Zaila cakap dengan Mukhriz tu, si Mukhriz pon baru sampai gak...
So, aku pon pergi daftar lepas tu.. Lepas dok borak-borak dengan member baru masa pendaftaran tu, nervous aku pon hilang sikit demi sikit. Masa daftar tu, kena cabut undi utk masuk kumpulan mana... Aku dapat kumpulan 1. Lepas daftar, aku ambil luggage kat kereta dan say goodbye kat Zaila... Pastu aku naik balik kat tempat pendaftaran dan sambung borak dengan kawan-kawan baru...
Masa tengah borak-borak dengan member baru, tetiba pengetua photocamp En Saiful Nang pon datang menyapa kitorang... Tercapai gak salah satu dreams aku iaitu tengok En Saiful Nang ni secara live. Apa yang aku boleh cakap En Saiful Nang ni memang sempoi giler... Down to earth. Rasa tak kekok la borak-borak dengan dia.
Lepas tu, kami semua disuruh berkumpul kat dalam dewan. Dalam dewan tu, sesi briefing pon bermula.. Rombakan semula kumpulan pon dilakukan. Aku dimasukkan ke group 4. Ok la tu... Photocamp 4, Group 4... senang nak ingat. Lepas dah duduk dalam kumpulan, kami diberikan satu kumpulan satu fasilitator. Group aku dapat fasilitator yang umur baru 19 tahun. Hebat tul dia ni... Nama dia Dinie Masjuki. Memang talented la budak ni!
Tagline group 4 ni ada berunsur keindonesiaan.. sbb fasilitator group 4 ni belajar kat Indonesia. So, tagline kitorang: "Bisa ngakk?? Bisa aja dong!" Ape-ape je lah... Janji ok. Lepas tu, kelas pertama pon bermula. Dalam sesi kuliah ni, pengetua kami En Saiful Nang menerangkan elemen-elemen yang perlu ada dalam menghasilkan gambar yang bagus. Banyak input yang aku dapat walaupun kuliah tak lama mana.
Habis sesi kuliah pertama, tugasan pertama diberikan. Sesi asah mata yang pertama. Kelam kabut gak aku dibuatnye sbb gambar yang dihasilkan mesti mempunyai elemen-elemen yang En SN dah ajar. Ada rasa sedikit stress jugak la... sbb selama ni ambil gambar, pada aku dah ok jek... hehe... tapi rupanye kalau diselitkan lagi dengan elemen-elemen yang En SN ajar mesti lagi boom... Untuk sesi asah mata yang pertama ni, 2 gambar yang terbaik mesti dipilih untuk sesi pembentangan malam tu... Adoyaii... Sesi asah mata yang pertama ni dibuat di sekitar kawasan resort sahaja... So, berselerakan la kami tembak sana sini...
Masa aku tengah berjemur bawah matahari nak tangkap gambar, tetiba En SN datang nak tengok gambar-gambar yang dah aku amik... banyak gambar yang "rubbish" pada pandangan En SN... Adoyaii... Sengih je la aku... En SN cakap, "Lenny, u masih tumpul lagi ni. Kena asah lagi karat-karat ni". Huhu... Memang pon aku dah berkarat.
Tapi ada gak la 2-3 gambar yang aku amik, En SN cakap ok... Lega la sket. So, lepas dah dapat tangkap gambar yang agak-agak ok, aku pon naik ke bilik untuk rehat sekejap. Tak sempat nak lunch sbb pukul 2 lebih dah ada kuliah lain plak. Rasa kenyang sbb agak stress la masa tu.. gambar yang aku amik macam tak ok sangat bile aku tengok banyak kali... aku kan perfectionist..
Hujan lebat turun pulak tiba-tiba masa tu.. Rehat punya rehat, rasa tak sedap hati pulak sbb tak dengar suara orang bising-bising masuk dewan. Aku pon ajak ahli pompuan group aku turun masuk dewan sbb macam pelik jek... Kami pon kelam kabut bersiap nak masuk dewan. Sampai kat Dewan rupa-rupanya suma orang dah masuk. Pengetua dan Fasi yang lain dah lock pintu dewan...
So, ada la ramai gak yang terlewat masuk dewan termasuklah Udey Ismail, salah seorang fasi kami... Sebagai denda datang lambat, kitorang kena menari lagu cerita Madagascar tu... "I like to move it.. move it... i like to... move it!!!" OMG! Malu sangat-sangat kena denda menari... Adoyaii... Depa siap rakam lagi aksi ntahape2 ntah tu! Confirm lepas ni depa upload ke Youtube! Malu siott... tak pasal2 aku, kak jue dan syakirah (budak pompuan group 4) glamer haram hari pertama tu... cet!
Habis sesi denda menari tu, kuliah untuk sesi kedua pon bermula. Habis kuliah tu, tugasan asah mata kedua pon menanti. Tajuk untuk tugasan tu "Kampung Scene". Walaweh... ape ek orang kampung buat... Kering gak la idea time tu... So, untuk tugasan tu, kami suma keluar dari resort untuk carik kawasan untuk tembak menembak nih... Dengan keadaan cuaca yang agak suram petang tu, kami akhirnya menjumpai sebuah rumah kampung yang sesuai utk dijadikan tempat penggambaran.
Lepas minta kebenaran dari tuan rumah, kitorang pon start la amik2 gambar ni... Stress menyerang lagi disebabkan masa yang agak mencemburui kami yang sangat amatur dalam mengambil gambar ni... Banyak gambar yang kureng menyengat la... Dalam cuaca yang hujan renyai-renyai tu, pengambaran tetap diteruskan. Setelah agak-agak dah nak maghrib tu, kitorang pon bertolak balik ke resort. Aku tension gak la sbb gambar yang aku amik tu mmg hampeh giler la... Dalam perjalanan tu, aku rasa tension plak...
Sampai resort, gambar-gambar kena compile pulak... Edit mana yang patut. Total gambar bagi setiap peserta ialah 4 keping seorang utk sesi pembentangan malam tu... Adoyai... Kelam kabut sangat... Tak sempat nak mandi suma. Nak dinner lauk plak dah habis... Terus hilang selera nak makan... Alas perut dengan makan roti yang Kak Jue bagi je la... Takut dengan gambar aku yang ala-ala "rubbish" tu...
Detik yang ditakuti pon menjelma. Sesi kritik pon bermula... Bile tengok hasil dari group lain, mmg rasa tak sedap hati terus. Depa punya gambar mmg cantik2 la... walaupun ada yang kena kritik teruk, tapi aku rasa gambar aku lagi hampeh dari depa... huhu... akhirnya sampai giliran group aku buat presentation... Walaweh... aku plak yang kena bagi ucapan permulaan... tergagap-gagap aku nak cakap... Biasalah bila dah takut, suara pon susah nak keluar kan... Ape yang aku cakap pon aku tak tahu ape sbb aku takut kena kritik habis-habisan... Layan je la labu...
Seperti yang dijangka, gambar-gambar yang dihasilkan oleh group kami kena kritik habis-habisan oleh En SN dan En Din (pengkritik jemputan)... Memang panas jek telinga kena maki... tapi aku wat muka tembok je sbb nama pon nak belajar kan... Aku terima semua kutukan dengan hati yang terbuka. Dengan kritikan la kita lebih belajar banyak benda sebenarnya. Tapi gambar aku untuk sesi pagi ok jek... sesi asah mata kedua tu mmg "rubbish"...
Lepas habis semua sesi pembentangan, aku pon balik bilik untuk berehat. Rehatkan diri untuk hari kedua yang lebih mencabar. Lepas mandi baru rasa segar sikit badan setelah sehari suntuk berpanas dan berhujan.. Tapi malam tu, kitorang suma tido tak hidupkan kipas langsung! Sejuk sangat lepas hujan... Rumah kayu pulak tu... Tapi aku tak lena tido malam tu.. maybe sbb terlampau letih dan tak sempat nak makan... mmm.. First day jek dah mencabar fizikal dan mental ku!
*to be continued...
~Signing off.