Cikgu

Hi guys,
Rabu lepas aku ditugaskan handle bengkel untuk pelajar sekolah menengah area Bukit Mertajam... First experience aku handle bengkel ni tanpa ada senior. Rasa macam berat jugak nak accept assignment ni tapi aku take it as a challenge. Belum cuba belum tahu, kan...

Pukul 8.15pg dah bertolak dari ofis. Sampai sekolah tu, aku setup booth utk pameran. Dup dap dup dap hati ni... tapi aku kuatkan semangat jugak. Aku ada empat orang pembantu, 2 orang untuk jaga pameran dan lagi 2 tolong aku berbengkel. Aku dapat tahu yang kali ini aku kena handle pelajar yang sangat bermasalah... huhu... Bukan 10 orang tapi 30 orang. Selama ni buat bengkel utk student kelas A & ada sifu. Kali ni lebih mencabar...

Pukul 9.45pg sepatutnya bengkel dah start tapi... huhu... ada yang keluar, ada macam2 hal la... susah betul nak control budak-budak nih... Akhirnya pukul 10.30 pg aku terpaksa start jugak bengkel tu sbb masa tak cukup kalau aku tunggu semua sekali ada...

Aktiviti pertama aku dah pening... sepatutnya cuma 5 minit masa untuk aktiviti ni, tapi dah drag sampai 15 minit... camana la aku tak pening... aku soh tulis nama sendiri, dok tulis nama orang lain... semua pelajar kat situ lelaki. Aku la sorang-sorang perempuan... mmg kena buli dengan pelajar!

Makin lama aku makin pening sbb susah nak control depa nih! Kepala otak dok fikir camane nak buat depa senyap. Sbb depa mmg aktif yang luar biasa. Macam nak nanges jugak sbb kena buli... Kalau aku nanges time tu mmg memalukan USM... haha...

Masa bengkel sedang berjalan, tetiba ada lagi student yang baru masuk. Makin lama makin ramai... pulak dah.. kira punya kira dah nak dekat 40 orang dah... OMG! I'm dead!! Bos... help me!! Tapi aku tetap menunjukkan gaya confident & cool... Rileks... rileks...

Kebanyakan aktiviti mmg terlebih-lebih masa... susah nak control sbb depa suka dok kacau member lain tengah buat tugasan... sampai satu tahap, aku dah rasa nak bertukar menjadi The Incredible Hulk... buat pertama kalinya aku menjerit!!! Tetiba suma senyap jek... hah... berkesan rupanya taktik nih... Aku saje jek wat muka garang dan alhamdulillah depa ikut cakap pulak lepas tu... dalam hati dok rasa nak tergelak jugak...

Ada satu aktiviti ni, pelajar dikehendaki berbincang sesama ahli kumpulan bersama tajuk masing-masing. Setiap group ada satu masalah sosial remaja dan cara-cara untuk menanganinya... Ada presentation utk tajuk yang dibincangkan...Ada satu group ni buat pasal kes rogol... pastu depa tanya aku camni...

"Cikgu, saya nak tanya nih.."

"Ok... tanya lah..."

"Cikgu, group kami nak buat lakonan tapi tak dak perempuan... macammana?... tapi sekarang ni lelaki rogol lelaki pon ada kan, Cikgu?.. nak kena berlakon real ke Cikgu?"

Gulp... Adoyaii... Bebudak ni buat aku macam cicak tertelan kapur...

"Eh... tak payah...tak payah... tak semestinya awak kena berlakon adegan tu... banyak lagi cara awak boleh persembahkan..."
Fuhh...dapat jugak jawab tapi malu jugak la sbb aku sorang jek pompuan time tu...

"Cikgu, macammana kalau kami nak lukis adegan rogol tu??"
Pulak dah... kena lagi aku time tu...

"Ehhh... tak payah lukis yang bukan-bukan. Cikgu bukan suruh awak fikir sampai tahap tu..."
"Habis tu cikgu, kami nak buat ape?"
Aduh...awatlah depa pilih tajuk ni... camane aku nak handle... bebudak ni saje nak main2kan aku nih!!

"Ok... macam inilah... tak semestinya awak kena berlakon & lukis aksi tersebut... awak jugak boleh buat pantun, sajak, menyanyi ke... asalkan dalam persembahan awak nanti ada terangkan cara-cara utk tangani masalah sosial ni... Ok?"

"Cikgu, kalau kami nak lukis perempuan pakai baju yang menjolok mata, boleh tak?"

"Boleh, tapi jangan terlalu melampaui batas... cukup sekadar awak lukis perempuan pakai skirt pendek sahaja.... yang lain-lain part tu, tak payah la lukis..."

"Ok Cikgu, kami dah faham..."
Fuhhh... lega aku... solved satu problem... tapi muka aku merah dah time tu... Uwaa... aku nak balik...

Lepas setengah jam pelajar duduk berbincang, presentation pon dimulakan... Alhamdulillah... aku tak sangka jugak output dari diorang nih... walaupun diorang bukan dari kelas A, tapi cara diorang berfikir mmg aku kagum... Group kes rogol keluar dengan pantun dan lukisan yang bagus... Lega aku semua pelajar bagi kerjasama...

Walaupun susah nak control depa, alhamdulillah objektif bengkel semua tercapai.. Satu experience yang sangat bagus untuk aku... Apapun, balik ofis aku tunjuk hasil bengkel kat bos ngan senior... depa suma gelak sakan baca pantun yang student buat.... haha... best..best...

~Signing off.

3 comments:

Yus April 20, 2009 4:08 PM  

jadi cikgu??
biar betul? hehe... apapun, aku tau ko mmg boleh ajar orang. Bape ramai orang yang pass exam dgn cemerlang sbb ko ajar. Aku rasa kan, ko ni dilahirkan utk jadik cikgu la... hehe..

Lenny a.k.a LeN April 21, 2009 8:56 AM  

hehe... ye la tu Yus... Hang kalo mengarut mmg no 1... aku nak jadik cikgu mende...cikgu fotografi ok gak kan... :D

Lenny a.k.a LeN April 30, 2009 10:37 AM  

Pantun yang dijanjikan utk korang:

Pagi pagi pi makan
Makan pulak buah barangan
Assalamualaikum kami hulurkan
Kes rogol kami bentangkan

Kami nak habaq kat semua orang
Masalah ini, masalah negara
Jangan jalan sorang-sorang
Lebih-lebih lagi anak dara

Kes Jenayah sedang berleluasa
Ada yang jual pil kuda
Perogol memang sangap sentiasa
Dia tak kira tuan atau muda

Kalau badan macam gergasi
Kena jalan perlahan-lahan
Kalau pakai seksi-seksi
Kasim Baba pun tak tahan

Ada yang panggil hotel besi
Ada pulak panggil penjara
Jangan pakai seksi-seksi
Kalau tak nak hilang dara

Tengok wayang filem perang
Hero dia Mr. D.
Tak taulah manusia sekarang
Lelaki ngan lelaki pun jadi

Bergaul bebas kena perli
Ibu bapa sibuk dok meeting
Anak-anak depa tak peduli
Kecik-kecik pun pandai dating

Habis suara aku pecah
Penat cerita nak terlondeh seluar
Kalau terkeluar ayat lucah
Janganlah report kat pengetua

About Me

My Photo
Lenny a.k.a LeN
Cheerful and optimistic. More interested in what will happen tomorrow rather than focuses on the mistakes of today. Love traveling to exotic destinations & love photography..
View my complete profile