Bandung Trip (Part 2)

Hari kedua di Bandung, pagi-pagi lagi kitorang dah bangun sbb hari kedua ni ada banyak aktiviti yang dirancang. Pukul 6.00pagi waktu tempatan dah terang benderang macam pukul 8.00pagi kat Malaysia. Perut masing-masing dah lapar, so awal ler kitorang makan pagi tu. Kat sana makan pagi tak leh nak demand roti canai Kayu tau... haha...

Area pukul 9.00pagi waktu sana, kitorang memulakan perjalanan ke daerah Lembang di mana terletaknya Gunung Tangkuban Parahu. Dalam perjalanan macam biasalah... sesak memanjang. Orang kat sini rumah depa atap tinggi tau. Kesan dari penjajahan Belanda dulu. Kat sini yang kaya mmg kaya habes... rumah besar macam shopping mall... yang miskin, mmg miskin... Indonesia kan? Tengok je la dari sinetron dia pon kita dah boleh bayangkan..
Lebih kurang satu jam lebih lalu jalan yang berliku-liku sampai aku pon dah pening, akhirnya kitorang sampai jugak ke main entrance gunung tu. On the way nak naik tu, bau sulfur yang busuk tu dah mula menusuk ke hidung. Nak muntah pon ada sbb bau dia macam bau telur busuk. Pak Supir yang bawak kitorang ke situ ada bagitau bila kat atas nanti ada ramai penjual yang akan kejar. Kalau nak beli, tawar sehabis murah sbb diorang akan jual barang tu 6-7kali harga barang.

Turun dari kereta kat Kawah Ratu, mmg dah ramai penjual yang dok mengerumuni kita. Semua jual barang yang kita tak nak beli. Dah la tak faham bahasa bila kita cakap tak nak. Orang dah tak nak, lagi mahu paksa beli. Lagi la aku hangen. Sampai satu tahap aku rasa macam nak maki jek. Boleh tak bagi aku tengok keindahan ciptaan Tuhan dulu. Sampai dah nak dekat 10 orang kerumun nak jual barang. Lemas dibuatnya..

Yang paling aku bengang bila aku nak tangkap gambar, semua sibuk-sibuk bagi direction. Aku mmg bengang habis. Cuba korang bayangkan, kalau korang nak lukis sebatang pokok la kan. Masa korang nak start warnakan pokok tu kaler hijau untuk daunnye dan coklat kat dahan pokok, ada ramai yang suruh korang warnakan kaler selain warna hijau dan coklat. Annoying sangat!!!!
Sama la macam nak tangkap gambar. Sebelum datang Bandung ni, aku dah buat pre-visualization gambar camane yang aku nak tangkap. Siap aku design kat atas kertas. Sampai sana, nak keluarkan kertas tu pon tak boleh sbb depa dok sibuk-sibuk nak pegang DSLR aku nak "tolong" tangkap gambar. Terus terang aku cakap, diorang tolong kita sebenarnya ada makna. Aku mmg benci sebenci bencinya orang yang tak sincere nih.

Bila orang tak sincere, aku rasa ditipu. Bila rasa ditipu aku mmg bengang. Dah hilang rasa hormat dah. Orang tua ke apa ke, ada aku kesah?? Sbb pada aku, sesama manusia kita kena saling hormat menghormati. Bila first impression kat orang-orang depa ni dah teruk, aku anggap semua orang sama kat sana... semuanya tamak duit dan penipu! Bullshit!!!
"Once a liar always a liar!!"
Aku kesian tengok depa hidup susah kat sana. Tapi miskin bukanlah alasan nak menipu orang lain atau nak menindas orang lain semata-mata nak dapatkan duit. Aku juga dulu orang susah. Tak pernah sekali pun aku tengok abah dan emak menipu orang atau mengambil kesempatan atas kesenangan orang lain semata-mata kerana duit. Tak pernah pon mak jual barang kat orang yang bawak BMW 5 series harga berganda-ganda. Mak tetap jual harga yang sama tak kira orang tu kaya ke apa... Sebab kami percaya, rezeki tu Tuhan yang bagi.

Orang yang tamak selalu rugi. Memang betul pon. Niat depa tak ikhlas, mmg jangan harap la aku nak beli barang yang diorang jual. Susah giler nak jumpa orang yang ikhlas nak tolong kitorang macam kat Sabah. Kat Sabah, walaupun depa hidup susah, tapi diorang bangga dengan kehidupan diorang. Diorang sayangkan negeri diorang. Diorang suka tolong pelancong. Tak pernah harapkan balasan. Beza orang miskin Sabah dengan orang miskin Bandung ni mmg bagai langit dengan bumi!
Korang kalau nak pi Bandung, aku nasihatkan tak payah pi Tangkuban Parahu tu pon takpe. Tempat dia mmg cantik untuk pecinta alam macam aku nih. Tapi sikap orang kat sana yang tak pandai menghormati orang dan suka membohong, aku tak galakkan korang pi. Kalau nak pi pon, bawaklah lelaki yang ramai. Bila perempuan jek, mmg depa ambil kesempatan giler-giler. Mmg sial la depa tu... Mmg kena curse jek dengan kitorang!

Depa akan ikut korang sampai korang beli... Konon nak tolong bagi infomation pasal kawah kat sini... Berpura-pura baik tapi kalau korang dah beli barang depa, lesap dah tak tahu ke mana. Babi kan?? Duit depa dok tipu orang, bagi kat anak bini makan. Mana nak berkat. Patutlah negara depa selalu kena bencana. Sbb orang sana jahat-jahat bak kata mak aku. Mak aku kan kaki sinetron. Huhu....
Kat area Kawah Ratu ni ada banyak kedai-kedai cenderamata. Yang ni kalau korang nak beli cenderamata boleh la sbb orang dia tak paksa. Kat sini penjual dia ok. Masa kita masuk ke kedai souvenir ni, penjual yang ikut kita dari kita sampai tadi akan tunggu. Bengang betul. Lepas kita keluar dari kedai, dia akan paksa lagi beli. Aku beli jugaklah beberapa helai baju kat sini. Tapi rasa nak cepat-cepat jek masuk dalam kereta.

Lepas dah bengang kat Kawah Ratu tu, kitorang terus turun ke Kawah Domas pulak. Nak masuk ke kawah Domas ni kena hiking lebih kurang 1.2km. Kawah Ratu dah tak aktif lagi tapi kawah Domas yang masih aktif. Dari ke kawah Ratu ke kawah Domas ada jalan turun tapi pak cik supir nasihatkan masuk guna laluan yang kena hiking tu sbb bayaran guide dia Rp150,000 satu jam. Yang laluan turun tu, Rp250,000 satu jam.
Tapi bila dah sampai kat entrance Kawah Domas ni, ada lagi perkara yang buat aku berganda-ganda bengang. Pak supir tu kata harga depa selalu charge Rp150,000 satu jam. Tapi bila tanya depa kenakan Rp300,000 setengah jam. Cuba korang bayangkan... Punyalah tamak diorang ni kan? Mmg tak akan kaya pon kalau kerja asyik nak tipu orang je kan. Akhirnya depa setuju jugak charge harga yang sepatutnya. Sbb aku cakap aku mmg nak blah jek. Bodoh!

Masa nak start hiking tu, aku dah rasa pelik dah sbb kitorang hire cuma seorang guide jek tapi ada ramai lagi yang ikut kononnye peramah cerita itu dan ini. Rupa-rupanya depa ni jual barang jugak. Mmg bengang nak mamposss!! Pura-pura baik, tapi semua ada niat tersembunyi. Mmg anak harun sangat!!! Hilang terus mood aku.

Kawah Domas ni macam biasalah kalau tempat hot spring nih... standard aktiviti rebus telur. Bosan! Sbb ape aku menyampah... sbb aku dah bengang dengan orang yang berpura-pura nih. Aku tak boleh nak maki sbb takut depa buat apa-apa yang tak elok dalam hutan belantara tu. Aku rasa dah lemas dah... nak cepat-cepat keluar dari sini...

On the way balik ke entrance, depa paksa jugak beli. Babi betul la! Tak pernah aku tengok orang macam ni. Sampah! Dah la... malas aku nak cerita pasal depa lagi.. Boleh naik darah aku dibuatnya. Hilang dah kecomelan dan kehepian aku nih... Yang penting, walaupun aku sesusah mana hidup aku, aku tak berkelakuan syaitannirrajim macam depa tu. <-luahan perasaan. Balik dari Tangkuban Parahu, kitorang ke Kampung Daun pulak. Makan time! Lepas dah bengang mari kita hepikan diri. Kampung Daun ni memang best. Cantik banget. Harus pergi sini tau kalau korang ke Bandung. Suasana tenang jek. Jauh dari hiruk pikuk kota. Masuk sini rileks jek... Macam masuk hutan pon ada sbb banyak pokok. Hijau jek... Sejuk mata memandang.

Kat sini, ada banyak pondok untuk kita duduk. Tapi kena tempah dulu la ye. Setiap pondok tu boleh muat dalam 8 orang dewasa la... ada bantal leh tido-tido lagi. Nyaman jek kat sini.. Bunyi air terjun lagi... dah la jauh dengan pondok orang lain... makan kat sini kena duduk bersila tau. Mmg kampung sangat. I like! Makanan kat sini pon sedap la...
Memang makan tak hengat kat sini. Perghhh... rasa bak meletop jek perut. Haha... Sambil makan tu sambil kitorang dok meluahkan perasaan pasal insiden kat Tangkuban Parahu tu. Hilang stress masa makan tu. Ye lah... masa ni order jek aper yang nak sbb dah termasuk dalam budget mentekedarah kitorang.
Lepas mentekedarah kitorang jalan-jalan kat sekitar Kampung Daun ni. Rasa susah jek nak bergerak sbb perut dah kenyang. Sabar je la... Lepas dok pusing-pusing kat sini kitorang sembahyang kat musholla kat sini. Bersih dan menyelerakan telekung kat sini... Haha... Telekung murah kot.
Lepas tu kitorang meroyan ke Rumah Mode pulak. Factory outlet yang selalu orang rekomen pergi. Best dalam sini. Tempat makan suma ada. Landscape dia mmg cantek. Kaum lelaki yang tak suka bershopping leh la duduk bersantai kat sini. Santek tau! Sebab dah malam dan dah penat, kitorang malas dah nak tangkap gambar banyak... fenat tau...
Malam tu sampai hotel, makan buah raspberry, blackberry ngan strawberry yang Coline beli masa kat Tangkuban Parahu tu. Sedap sangat... Manis beb! Tak macam strawberry kat Cameron Highland. Masam yarabi... yang ni mmg sedap sangat! Try la korang beli ye kalau pi sana. Tapi kena tawar giler-giler tau... ;p

Hari kedua ni memang hari yang memenatkan. Sampai hotel lepas mandi ngan solat jamak, masing-masing tergolek atas katil. Punyalah rasa nak balik ke Malaysia, malam tu aku leh termimpi Pulau Jerejak tu cantek macam pulau-pulau kat Maldives.. Haha... poyo... Coline kata, aku mengigau malam tu. Ye kot... Letih sangat beb!

Hari ke 3 adalah hari shopping tak hengat. Nantikanlah sambungan kisah ini... sampai ketemu lagi... daa...

~Signing off.

Bandung Trip (Part 1)

Hi.. I'm back!!!
Letih tak hilang-hilang lagi walaupun dah dua hari kat Malaysia nih. Ceh! Poyo jek.. Pergi Indonesia jek. Bukan pi Antartika pon. Tapi serius weh mmg badan aku ni masih letih lagi. Belom habis recover sepenuhnya. Masa sangat lambat aku rasa bila ada kat Bandung. Rasa tak sabar nak balik Malaysia. Kali ni memang percutian yang tak berapa best la pada aku. But I learnt a lot!

Pagi 6hb Nov, aku dan Coline nyaris-nyaris kena tinggal flight ke LCCT. Flight pukul 7.10pagi rupanya, dan kitorang sampai airport 6.35pagi. Mmg giler la berlari-lari kat airport tu. Mula-mula kaunter tu cakap dah close. Tak boleh naik lagi. Apa lagi, kitorang maki budak tu sampai la dia bagi kitorang naik. Kalau tak, tak pi Bandung ler jawabnye. Dalam itinerary masa book dia cakap flight pukul 7.20pagi. Mana kitorang tak bengang. Bodo...

Rasanya mmg silap kitorang kot tengok masa, tapi ada aku kesah?? Bukannye ada check-in beg pon. Masa sampai kat security tu, dah ada annoucement final call untuk flight ke KL. Dah la barisan panjang! Mmg kitorang potong line je la... Baper minit lepas kitorang duduk tu, ada jek 2-3 orang lagi yang baru naik. So guys, kalau kat kaunter tu dah close kan, korang paksa jugak bagi naik. Diorang ni poyo jek lebih. Bukannye kita lambat sampai flight delay pon. Depa tu yang terhegeh-hegeh buat keje sebenarnya.. hehe... <-statement ego!

Atas flight ke LCCT tu, mmg kebulur habis... ye lah! semput aku dibuatnye berlari-lari kat airport. Ceh! aku nih..macam tak biasa kejar mengejar tak kira stesen bas ke, stesen keretapi ke... aku rasa, aku jek yang selalu nak kena tinggal. Haha... Apapun, pagi-pagi tu aku dan Coline breakfast donut atas flight tu. Sedap! RM9 dapat 2 bijik donut, free hot drink. Ok la kan... Buat alas perut je pon. Sampai LCCT, terus check in ke Bandung lepas jumpa Kak Muzi.

Lepas check in, kitorang terus masuk departure hall tapi toner muka Coline tak lepas pulak. Mahal tu... So, kena buang la kat bakul sampah tepi security tu.. Lepas pusing-pusing kat kedai tengok coklat Godiva, kitorang duduk sekejap sebelum beratur masuk kapal terbang. Kesian Kak Muzi, seat number dia jauh dari kitorang. Kanan kiri orang lelaki Indon. Punyalah kalut dia... Haha... last-last, aku cakap duduk jek seat tepi Coline. So, selamat la dia... ;p Atas flight ke Bandung, perut masing-masing dah lapar balik... Kak Muzi memang dah lapar sangat. Punya la lambat FA nak jual makanan tu. Sampai kat kerusi kitorang cuma yang ada megi jek. Megi pon megi lah... 2 jam dalam flight, kami bertiga pon sampai di Bandung. View dari atas flight, Bandung ni memang padat giler!! Airport dia memang tengah-tengah kawasan rumah orang. Takut jek flight tu terlanggar rumah orang... hehe...

Lepas daftar imigresen, kitorang naik teksi ke hotel. Mak aiii... banyaknye manusia. Tetiba pening kepala aku. Pemandu teksi tu, boleh tak tahu hotel kitorang kat mana. Adoyai... kitorang plak lupa print alamat hotel tu. Try guna GPS, satellite signal mmg weak habis. Last-last jumpa jugak hotel. Lepas check in hotel, kitorang rehat-rehat sekejap sbb masa tu tengah waktu sembahyang jumaat.
Tempat pertama yang kitorang pergi, Pasar Baru Trade Centre. Mak aiii... mmg sesak habis kat Bandung ni. Walaupun banyak kenderaan, tapi trafik tetap bergerak. Mmg tabik springgs habis dengan pemandu kat Bandung nih. Kalau kat Malaysia kita rasa KL tu kalau jem teruk, kat Bandung nih 3 kali lebih sesak dari KL. Makin kusut aku dibuatnye... huhu...

Sampai kat Pasar Baru, tempat pertama yang kitorang cari, tempat makan. Lapar beb! Dalam kelaparan tu, dalam hati still baca doa-doa yang patut supaya dijauhkan dari kejadian-kejadian yang tak diingini. Muka masing-masing tak boleh dipercayai... ;p Takut gak weh... duit semua aku letak dalam pouch bag dalam baju. Berhati-hati kalau kat sini. Mmg ada penjual yang akan ikut kita... rasa lemas jugak la...
Malas memikirkan keadaan sekeliling, kitorang mara dengan gagah berani ke food court. Muka konpiden jek masing-masing. Makanan yang kitorang order hari tu, Nasi Ayam Cobek, Nasi Tutug Oncom dan Nasi Tibel Komplit. Minuman pulak jus avocado dan jus jeruk. Utk dessert pulak, kitorang order Es Campur. Set kat sini, nama jek lebih lain... isi dalam lebih kurang jek... ada tempe goreng, tauhu goreng, salad, timun dengan sambal yang pedas giler. Hehe...

Nasi kat sini mmg sedap. Macam makan nasi campur pulut. Kenyal-kenyal gitu. Daging ayam kat sini pulak mmg tak banyak lemak. Kecik-kecik ayam dia macam ayam tak cukup zat. Tapi mmg bukan ayam suntik la macam kat Malaysia nih... aku tak dapat bayangkan makan ayam KFC kat sini... mesti besar panadol jek... hahaha...

Jus avocado tu Coline dengan Kak Muzi yang minum. Mak aiii... rasa dia mmg sebijik macam rasa inai bak kata Kak Muzi... mmg pekat gilerrr... tak kedekut avocado. Es Campur tu pulak ada campuran kelapa, nangka, avocado dan buah-buah lain. Mmg rasa dia macam pelik, tapi sedap jugak bila dah makan lama-lama. Kak Muzi mmg tak boleh makan... Nasib baik beli satu mangkuk jek...
Lepas makan dengan banyaknye, kitorang pon memulakanlah aktiviti shopping. Dari satu lantai ke satu lantai kitorang pergi... selalu jek sesat nak carik tangga lif turun. Konpius betul. Dari satu kedai ke satu kedai kitorang survey. Sampai floor jual kain lace, akhirnya aku telah membeli kain lace untuk majlis perkahwinan aku nnt. Kitorang masuk satu kedai yang nama dia Glamour. Mmg bagus kedai ni cara dia layan customer. Sampai bos dia pon turun padang layan kerenah kami bertiga... ;p

Bos kedai ni orang Pakistan. Dia speaking dengan kitorang. So, kitorang rasa lebih selesa la sbb masa ni lidah masih berbelit-belit lagi nak cakap Indonesia. Petang tu, berjuta-juta rupiah jugaklah kitorang habiskan kat Pasar Baru tu. Pasar Baru tu tutup pukul 5.00petang waktu tempatan. Keluar dari bangunan tu dah gelap dah. Nak maghrib dah. Tapi sebab boleh sembahyang jamak, so boleh la kitorang menyambung shopping ke factory outlet pulak... hehe...
Kitorang pergi area Dago Street pulak.. Banyak giler factory outlet kat situ. Murah-murah pulak tu. Kiri kanan ada factory outlet. Bersepah-sepah..tapi takda langsung yang berkenan di hati. So, kitorang just keluar masuk jek la... Melawat kawasan... hehe... Bila dah jalan banyak sangat, perut pon dah start dah bunyi. So, kitorang pi makan kat restoran nasi padang. Nama dia, Mayang Sari.
Kat kedai makan ni, dia hidangkan semua jenis lauk yang ada kat kedai ni. So, kalau kita nak makan, kita ambil yang mana kita nak. So, lauk yang kita tak sentuh tu, tak masuk dalam bill la. Kitorang tak sentuh makanan yang boleh dapat kat Malaysia, contohnya lauk berjenis ayam dan daging. Makan la benda yang susah nak dapat kat sini. Mmg rasa nak meletop perut nih makan banyak sangat.

Lepas mentekedarah tak hengat ni, kitorang balik hotel. Lepas mandi, baru boleh tidur. Malam tu, masing-masing tido awal. Pukul 10.00 malam waktu Malaysia. Waktu tempatan pukul 9.00 malam. Punyalah best dapat baring atas katil. Terlelap akhirnya dalam kepenatan aktiviti hari ini.

Hari ke-2 di Bandung adalah hari yang paling WORST dalam hidup aku. Apa yang terjadi sebenarnya ni?? Nantikan sambungan entry ini ye... Bui bui...

~Signing off.

Duit Oh Duit...

Yeay... Esok aku nak pi jalan-jalan di Bandung. Flight dari Penang pukul 7.20 pagi sampai LCCT pukul 8.00 pagi. Lepas tu terus check in ke Bandung pulak... Barang-barang tak kemas apa pun lagi... mentang-mentanglah cuma nak bawak beg kosong je ke sana... rasa malas jek nak packing malam tadi. Asyik dok layan cerita Korea. Hehe....

Rasa berdebar-debar jugak ni. Sebabnye? Aku dah nak jadi jutawan petang ni... Haha... Camana lah aku kat sana nnt agaknya ek. Susah giler nak kira duit diorang nih. Aku rasa akulah manusia yang paling lembab matematik di kalangan korang semua... Huhu... Nak kira darab, bahagi, tambah, tolak, peratus, perpuluhan, pecahan semua aku lembab. Kalau tak percaya, korang tanyalah kalkulator bergerak aku, Coline. ;p

RM1 bersamaan Rp2,798.64. Rp1,000 bersamaan RM0.35. Punyalah payah nih... Tergaru garu aku dibuatnye. Coline ngan Shahrul dah puas dah gelakkan aku yang lemah giler matematik nih. Kalau aku pergi sorang, maunye kena marah dengan orang sana. Dok terkial-kial nak kira. Memang dari kecik aku selalu kena marah dengan abah sebab matematik lembab giler sampai dia hantar aku pergi tuisyen tapi aku tetap lembab jugak... uwaaaa... I really hate numbers!!

Kalau korang nak tahu, sampai sekarang ni aku tak hafal-hafal lagi sifir 9 dengan 12 tau.. Korang nak gelak guling-guling pon aku tak kesah. Mmg aku tak hafal pon. Aku mmg ucapkan terima kasih la banyak-banyak kat orang yang cipta kalkulator nih. Sbb nak kira-kira ni, semua aku main picit jek. Hehe... Nombor bulat pon aku lembab, inikan pula nombor perpuluhan. Boleh pitam aku dibuatnye!

Coline cakap senang jek nak ingat tukaran duit rupiah ni. Guna sifir 35. Sifir nombor "SA" pon aku dah pening, inikan pula sifir 35!! Pada korang mesti senang kan, tapi kita semua ada kelemahan masing-masing kan. Aku dah cuba dah try nak congak tapi mesti salah. Kalau betul pon, ada la dalam setengah jam lepas orang tanya aku soalan. Huhu...

Tapi aku bersyukur sangat-sangat sebab Shahrul sangat ambil berat pasal "kelembapan" aku nih. Bersusah payah dia carikkan software utk currency converter nih. Siap bagi pinjam handphone dia lagi. Ada software GPS semua untuk kemudahan aku kat sana. Thanks dear! So, tak payah la aku bawak map dan kalkulator besar aku ni kat sana. Semua ada dalam handphone.

Ok lah... aku nak sambung siapkan keje-keje sebelum aku meronggeng esok. Doakan aku selamat pergi dan selamat kembali. Take care until we meet again.. ;p

~Signing off.

About Me

My Photo
Lenny a.k.a LeN
Cheerful and optimistic. More interested in what will happen tomorrow rather than focuses on the mistakes of today. Love traveling to exotic destinations & love photography..
View my complete profile